BTC USD 82,950.2 Gold USD 4,155.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ delete]

Pemikiran orang di CG lebih suka berbicara politik lalu anggap orang tegur dia itu adalah orang UMNO.

Tak apa,saya tak perlukan pandangan hormat daripada forumer disini kerana Allah swt lebih tahu. :)

Bagi saya, ilmu itu penting dalam apa2 keadaan . Itu sahaja. Saya sokong perjuangan PAS. Saya sokong dasarnya. Tetapi, diri kita sebagai penyokong ni kena ada ilmu supaya tidak menjadi orang yg penuh sifat mazmumah.
 
oklar, oklar kwn tak nmpak...kwn x pandai berfikir cara sedara..:)):)).

Saudara nampak saya sokong UMNO. Tetapi sedara tak pernah fikir untuk bercakap daripada sudut Islam.

Betul kan? Saudara bercakap atas paksi parti." Kau UMNO, Aku PAS."

Ya atau tidak?

terpulang. Manusia takleh bagi mudarat. Allah swt jua yg mengetahui. :)
 
Undi PAS. Jangan undi UMNO.

Saudara baca ayat saya seoalah saya perli.kan?

Sebab tadi saya merujuk kepada erti hidup. Hidup ini hanyalah kerana Allah swt. Saya cakap macam tu bukan saya perli.

Aduhai....

cuba jwb soalan aku dlu bro
 
dah kena jolok ... jatuh ler :D

Undi PAS. Jangan undi UMNO.

Saudara baca ayat saya seoalah saya perli.kan?

Sebab tadi saya merujuk kepada erti hidup. Hidup ini hanyalah kerana Allah swt. Saya cakap macam tu bukan saya perli.

Aduhai....
 
Bagus, Saya salute cara tt berhujah. Ilmu kena ada baru kita ke hadapan walaupun dlm berpolitik, jgn trlalu semangat shj dan dirangsang emosi semata-mata.

p/s : Lagi senang berlawan dgn 10 org pahlawan dari 1 orang yg tiada ilmunya. Free bump utk tt
 
Aku nak bagi satu pendapat aku kat sini....tp jgn marah ye..

Sokong UMNO bkn dia bermakna kehidupan dia jauh drp kehidupan beragama.
Sokong PAS tak semestinya pulak dia melaksanakan amalan2 yg wajid apatah lagi yg sunat.

Jgn secara total selama ini kebangkitan agama tidak berlaku. Wpun di bawah payung UMNO pun pergerakan Islam ttp berlaku. Begitu juga seluruh dunia. Kebangkitan agama di nergara lain bukan sebab PAS atau UMNO. Begitu juga kebangkitan agama di negara2 europe bukan kerana parti PAS atau UMNO atau yg sama dgnnya.

Bila bercakap ttg Hudud. Hudud bukan milik PAS. Hudud kepunyaan semua org2 Islam. Bila seseorang sokong Hudud bukan bermakna dia adalah penyokong PAS. Boleh jadi dia penyokong UMNO.

Tak semua org UMNO buat betul...dan tak semua tuduhan org2 PAS ttg UMNO adalah palsu. Dan PAS bukan maksum.

UMNO atau PAS telah buat perkara yg sama. Bekerjasama dgn org2 kafir. Simple.

Kalau bab mencaci...PAS sama je dgn UMNO kadang2 lebih teruk. Dua2 telah jauh drp pandangan rahmat Allah. Malahan PAS berlebih kurang je ttg syurga. Syurga adalaha hak Allah. Simple.

Nik Aziz bukan maksum. Najib pun begitu. Jangan marah ye.

Tapi yang sama ialah UMNO dan PAS adalah asasnya terdiri drp org2 yg telah mengucap 2 kalimah yg besar. Dgn pengakuan 2 kalimah adalah perkara yg hebat!

Pandangan ku ini bukan bermakna aku tak mengundi. Ikut suka akulah nak undi siapa. Terpulang jgk mak aku kat kampung nak mengundi siapa...adik2 aku..abang2 aku...dan kakak2 aku. Yg penting kita semua saling kasih mengasihi sesama Islam...


:)cgrock :)cgrock :)cgrock

kalau ramai dalam kalangan kita yg berpandangan begini....sy yakin kita akan aman dan saling mengasihi sesama manusia....tp malangnya hakikat tak seindah yg diimpikan....di CG saja dh boleh nmpk.... :(

sekadar perkongsian....di sekolah td kami menrima sepucuk urat yg dikarang oleh salah seorang guru kami juga....yg akhlaknya bagi sy amat baik sbg muslimah....jarang sekali utk mendengar umpat cerca dr mulut beliau....panjang surat yg dikarang tu tetapi terlupa pula nak bwk balik...if not boleh scan n share di sini...

apa yg sy suka tentang luahan hati guru itu...antaranya...

- sbg guru, kita sentiasa nasihat anak murid kita supaya berbuat kebaikan, tidak kurang ajar dan jd manusia yg beradab sopan. kita sbg guru akan lbh syg kpd murid kita yg baik, taat dan berakhlak mulia ini....

- dalam kehangatan PRU ini, kita kadang2 terlupa tatkala berbicara...kita lantang berhujah menyokong pihak yg kita sokong dan mengata pihak lawan kita...di manakah adab sopan kita?

- antara BN dan PR- masing2 tiada yg sesat antara keduanya, dan tiada juga yg sempurna antara keduanya...masing-masing ada kebaikan dan kelemahan...cuma antara keduanya atau ada di antara komponen PR atau BN itu adalah kurang kemaslahatan yg dibawa....PERSOALANNYA SKRG...SIAPA?

- SIAPAKAH KITA untuk mendabik dada dgn megah mengatakan yg BN itu betul dan PR itu salah atau PR itu betul dan BN itu salah? Betapa SOMBONGNYA kita berkata-kata tanpa memohon nasihat dari TUAN KITA...ALLAH S.W.T...

- Kita terus dgn sombong mengatakan pihak yg kita sokong itu betul...dan pihak yg lawan itu adalah salah....tidakkah sekali kita terfikir utk bermunajat dan memohon petunjuk dari ALLAH S.W.T sblm mengeluarkan kata2 itu?

- betapa kurang ajar nya kita...betapa tak ada adab nya kita...berkata-kata tanpa memohon NASIHAT (petunjuk) dari ALLAH S.W.T sedangkan kita semua adalah HAMBANYA...

- tidakkah kita terfikir...jika kita marah anak-anak kita atau anak murid kita bersikap kurang ajar dgn kita....apakah ALLAH S.W.T tidak akan murka dgn sikap kurang ajar kita ini?

- dalam 2 hari yg masih bersisa.....meratap dan memohonlah kpdNYA...buatlah istikharah dgn setulus hati memohon petunjuk supaya pilihan yg kita bakal pilih nnt adalah yg plg kurang membawa kemaslahatan kpd masyarakat dan juga Islam

- Sebelum memangkah...jgn lupa baca BISMILLAH....semoga undi kita itu diterima sebagai satu ibadah olehNYA....

wallahua'lam...

:) :)


p/s: ini antara point2 yg kak insyi ingat yg ditulis oleh guru berkenaan...ayatnya berbeza tp maksudnya tidak lari....sama-sama kita fikir dan renungkan....Islam akan kuat jika umat islam itu sendiri kuat....insyaAllah
 
Pemikiran orang di CG lebih suka berbicara politik lalu anggap orang tegur dia itu adalah orang UMNO.

Tak apa,saya tak perlukan pandangan hormat daripada forumer disini kerana Allah swt lebih tahu. :)

Bagi saya, ilmu itu penting dalam apa2 keadaan . Itu sahaja. Saya sokong perjuangan PAS. Saya sokong dasarnya. Tetapi, diri kita sebagai penyokong ni kena ada ilmu supaya tidak menjadi orang yg penuh sifat mazmumah.

1.sbb skrg ni thread politik n mmglah org akn brbicara psl politik.

2.ilmu mmg pntg,sbb tu kena cari,tapi takkan sbb kita ni kurang berilmu kita takleh sokong pas?xkan sbb kurang ilmu kita ni pnuh sifat mazmumah?sebab tu istilah istiqamah dan belajar ada bro,kita knalah blajar sikit2,tambah yg mana kita xtau.
 
bila nafsu menguasai pemikiran hanya caci maki jer yg akan keluar dr mulutnya....
tak kira la sapa pun dia selagi dia manusia
 
Back
Top
Log in Register