BTC USD 83,981.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ delete]

Habis tu, yang dok tanya bertubi-tubi tu kenapa? Aduhai sahabatku.

Apa yang membuatkan saya pelik, kita ada masalah yang lagi besar untuk dibincang. :D

Saya pula nak tanya, kenapa sedara tak mahu jawap soalan saya kat halaman pertama? :D

kenapa xboleh tanya bertubi2? tak susah kot nak jawab...kalau tau jawab tau,kalau xtau jawab xtau...mudah kan?

mslh besar apa yg lebih besar dari tidak dpt menjawab soalan mudah?

perlu ke jawab? perlu ke war2kan pd semua org yg kita dah belajar itu dan ini,perlu ke bgtau betapa kita dah ade kelulusan dan pengetahuan itu dan ini? perlu ke beritahu semua org tahap pemahaman dan praktikal nya ilmu yg kita belajar pd diri kita? perlu ke hebahkan pd semua apa yg ada dlm diri kita? sila jawab dulu soalan tu...

dan kalau rajin,sila tunjukkan ayat mana dlm thread ni dan thread2 lain yg menunjukkan aku atau saya memaki hamun,mengutuk mengeji,menghina,memfitnah dan sebagainya...kot2 boleh jadi bahan bukti menunjukkan sy ini tidak memperaktikkan apa yg telah dipelajari...:-?
 
Begini, saya ingin jelaskan dalam perjuangan Islam kita ini , kita perlu gunakan cara Islam. Tanpa maki hamun dalam perjuangan. Tanpa caci maki. Tanpa fitnah dan sebagainya yang tidak melambangkan Islam.

Saya mengajak kita semua termasuk diri saya untuk menuntut ilmu ugama kerana ada satu hadis riwayat ibu majah " menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim"

Jadinya, sebelum kita mengorak langkah yg lebih jauh. Kita perlu isikan dada kita dengan ilmu. Setakat ilmu fardhu ain. Adapun soalan saya di atas, semua soalan asas bagi mukalaf tahu. Bukannya tahap tinggi sangat soalan satu tu. Benda asas bagi mukalaf mengetahui.

Nampak tak disini kepentingan ilmu kerana fenomena politik kita sekarang apabila dilihat daripada sikap penyokongnya,kebanyakan tidak mengikut cara Islam walaupun diri mengaku Islam. Maka, saya menyeru supaya kita menambah ilmu pengetahui seiring dengan kita memilih pemerintahan Islam kerana dalam Islam bukan hanya ada soal pemimpin tetapi ada macam-macam lagi yg kita tak tahu.

Semoga Allah swt memberi kefahaman. Saya kira sudah cukup jelas.

Saya nak tanya,kenapa saudra tanya soalan macam itu?

jwpannya...itu prinsip ilmu...bertanya...malu bertanya sesat jalan...jd xsalah kot kita bertanya...mcm tt tanya jugak...apa tujuan tt tanya soalan2 didepan? dah tentulah sbb nak tahu kan? so jwpannya adalah sama...perlukah di huraikan lagi? :-?
 
Terima kasih.

Saya bertanya bukan kerana nak tahu sebab saya sudah tahu jawapan soalan saya di depan. Saya nak tahu jawapan penyokong UMNO dan PAS yang lantang menyokong Islam dan lantang menyokong Melayu tetapi dalam berpolitik,bergaduh, caci maki dan sebagainya.

Sedangkan ilmu fardhu ain pun tak lepas lagi. Apa ertinya permusuhan ini? Apa ertinya perjuangan sokong Islam tetapi tidak ikut cara Islam. Apa erti perjuangan sokong Melayu tetapi tidak ikut Islam? Apa ertinya?

Sedangkan benda asas ugama pun kita tak tahu. ISlam itu ditegakkan dengan ILMU bukan dengan semangat. Ada apa-apa soalan lagi? :)
 
Jangan pening2... Ambil langkah senang sebab islam itu mudah jer.. Kalau anda jadi pemerintah senang tak nak buat negara islam.. jawapan dia = senang.. Jadi pilih PAS lah sebab yang pasti pas itu islam.. bila pas memerintah akan tertubuhkan negara islam.. sedikit demi sedikit peraturan dan undang2 akan bertukar mengikut islam.. Islam itu selamat.
 
kenapa xboleh tanya bertubi2? tak susah kot nak jawab...kalau tau jawab tau,kalau xtau jawab xtau...mudah kan?

mslh besar apa yg lebih besar dari tidak dpt menjawab soalan mudah?

perlu ke jawab? perlu ke war2kan pd semua org yg kita dah belajar itu dan ini,perlu ke bgtau betapa kita dah ade kelulusan dan pengetahuan itu dan ini? perlu ke beritahu semua org tahap pemahaman dan praktikal nya ilmu yg kita belajar pd diri kita? perlu ke hebahkan pd semua apa yg ada dlm diri kita? sila jawab dulu soalan tu...

dan kalau rajin,sila tunjukkan ayat mana dlm thread ni dan thread2 lain yg menunjukkan aku atau saya memaki hamun,mengutuk mengeji,menghina,memfitnah dan sebagainya...kot2 boleh jadi bahan bukti menunjukkan sy ini tidak memperaktikkan apa yg telah dipelajari...:-?

Erm, tadi jawap dah tak tahu/biarlah rahsia. Lepas tu,tanya lagi. Psiko!

Perlu! Kerana apa? Soalan saya di depan itu berkenaan ilmu yang wajib bagi mukalaf mengetahui.

Wajib bagi kita ni orang yg berakal dan baligh ni tahu. Apabila tak tahu,berdosa! Saya, saya selepas habis sekolah kebangsaan baru tahu yang benda-benda macam ni wajib bagi kita,mukalaf mengetahui pada syara'.

Saya cuma bagi peringatan. Salah ke? Adakah ini dipanggil berlagak? Harap-harap saya faham dengan jawapan ringkas saya ini.
 
Terima kasih.

Saya bertanya bukan kerana nak tahu sebab saya sudah tahu jawapan soalan saya di depan. Saya nak tahu jawapan penyokong UMNO dan PAS yang lantang menyokong Islam dan lantang menyokong Melayu tetapi dalam berpolitik,bergaduh, caci maki dan sebagainya.

Sedangkan ilmu fardhu ain pun tak lepas lagi. Apa ertinya permusuhan ini? Apa ertinya perjuangan sokong Islam tetapi tidak ikut cara Islam. Apa erti perjuangan sokong Melayu tetapi tidak ikut Islam? Apa ertinya?

Sedangkan benda asas ugama pun kita tak tahu. ISlam itu ditegakkan dengan ILMU bukan dengan semangat. Ada apa-apa soalan lagi? :)

Tuan...

Cuba awak perati dalam CG nih ... sapa yang suka buka thread fitnah.. penyokong PR ker BN? dan sapa suka buka thread yang penuh provokasi dan menanamkan kebencian kpd kaum lain?
 
Salah atau tidak saya bertanya soalan sedemikian? Adakah dipanggil berlagak dengan ilmu?

Kalau begitu, jangan sebarlah ilmu. Sebab berlagak. Wujudnya pemikiran sebegini kerana ada sangka buruk. Tidak mahu menerima hakikat. Cubalah kita berlapang dada, saya cuma bagi peringatan.

Jika saya salah, nyatakan. Bukan mempersoalkan itu ini. Nyatakan kesalahan saya dalam thread ini anda rasa saya salah. InsyaAllah, saya terima dengan hati terbuka.

Amar makruf nahi mungkar. Pandangan mengikut acuan Islam perlu melebihi acuan parti! :)
 
Tuan...

Cuba awak perati dalam CG nih ... sapa yang suka buka thread fitnah.. penyokong PR ker BN? dan sapa suka buka thread yang penuh provokasi dan menanamkan kebencian kpd kaum lain?

Siapa? Saya tak tahu.

Untuk pengetahuan saudara, thread saya ini bukan untuk ahli PR sahaja tetapi untuk semua parti.

Jadi, adakah saya menegur sebelah pihak sahaja? Tidak. Kerana soalan saya di halaman pertama lebih kepada umum,untuk semua umat Islam.

Namun begitu, yang salah tetap salah. Yang buka thread itupun satu hal, yang membalas komentar pun satu hal. Jadi,sama-sama lah kita bersabar dan saling berpesan pesan ye. :)
 
Kalau tuan x tahu maka sila ambil masa dan selak thread dalam CG nih ... maka tuan akan tahu ...

Provokasi yang melampau akan menyebabkan pihak yang diprovok akan keluarkan perkataan kesat kerana panas hati ...

Perkara nih x akan berlaku jika kita bertanggungjawab terhadap thread yang kita buka dan berani berhujah dengan ilmiah
 
Back
Top
Log in Register