BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ delete]

Kesimpulannya, saya suruh kita semua belajar ilmu ugama disamping kita sokong perjuangan Islam. Islam takkan tertegak dengan semangat. Islam akan tertegak dengan ilmu. Percayalah..Ilmu itu penting. Sokong perjuangan Islam sahaja takda guna kalau ilmu tiada. Saya bukan suruh sokong kemungkaran. Tidak sama sekali. Kalaulah thread saya yg cuba tiada unsur caci maki ini tidak berguna, apatah lagi thread yg penuh cacimaki.Mungkin lebih membuka minda saudara. Jadinya, saudara tetaplah dengan pendirian saudara cumanya nilai Islam itu kena amal lah. Amal dulu, soal pemimpin. 5 Mei ni masa untuk memilih. Yg penting, Islam ditegakkan dulu dalam diri kita kerana apa? " Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka". InsyaAllah. Dengan bantuan Allah swt, Islam tertegak. Yg baik daripada Allah swt,yg buruk saya nisbahkan kepada nafsu saya yg lemah ini. w'salam.
 
Betul tapi Nampak tak apa yang saya nak sampaikan tadi?

Pertama, nak tukar kerajaan. Silakan.

Kedua, antara akidah dengan kuasa. Akidah perlu didahulu. Itu sahaja. Antara Islam dengan Putrajaya. Islam didahulu. Antara ideologi PAS dan UMNO. Islam perlu diutamakan. Mudah dan ringkas.

Nabi dakwah dengan lemah lembut, kita dakwah org UMNO dengan cacimaki. Hish, jauh beza tuh. Hok ni la kena perbetul.

Selamat mengundi. :)

hehehe...kenapa nabi dakwah dgn lembut ketika itu??? sbb ketika itu penduduk madinah baru nk tahu dan belajar ttg islam.Macam org baru nk masuk islam lar bro klu kita berkeras cabut lar diorg. Kenapa perlu berkeras dgn Umno??? sbb bersyahadah dh lama tp kedai arak, magnum 4D, urut (pelacuran),rasuah,rompak,bunuh dsb. mcm takder kesudahan. Ada bezanya tak??

Pernah tak dgr satu hadis sahih bilamana nabi menyebut " Celakalah engkau wahai pembuat dosa" kepada sorg penzina???

Wallahuallam...peace:D
 
hehehe...kenapa nabi dakwah dgn lembut ketika itu??? sbb ketika itu penduduk madinah baru nk tahu dan belajar ttg islam.Macam org baru nk masuk islam lar bro klu kita berkeras cabut lar diorg. Kenapa perlu berkeras dgn Umno??? sbb bersyahadah dh lama tp kedai arak, magnum 4D, urut (pelacuran),rasuah,rompak,bunuh dsb. mcm takder kesudahan. Ada bezanya tak??

Pernah tak dgr satu hadis sahih bilamana nabi menyebut " Celakalah engkau wahai pembuat dosa" kepada sorg penzina???

Wallahuallam...peace:D

Ada beza. Islam itu sesuai untuk akhir zaman. Nak saya datangkan dalil Alquran tentang sikap pencela ni?

" urah Al-Humazah (سورة الهمزة) adalah surat ke-104 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 9 ayat dan tergolong pada surah makiyyah. Kata Al Humazah bererti pengumpat dan diambil dari ayat pertama surat ini.
Isi kandugan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.
[sunting]Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya,
كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ yang (membakar) sampai ke hati.
إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang."

Saudara, jangan ikut nafsu. Kefahaman kita tak sama dengan kefahaman ulama'. Allah swt sendiri tegah sikap pencela ni, Nabi pun dakwah lembut, Nabi Musa pun dakwah secara lembut kepada firaun.

Sebab itu saya kata, jangan sebab kita benci kita jadi kasar. Islam tak pernah ajar. Itu cuma pandangan nafsu saudara je.
 
Selesai doh abe dio. Ni mesti dok ikut perkembangan tuh. Acu kelih molek thread tuh semula. Kito takdok masalah nga Tok Guru.

Kito ado masalah nga penyokong hok dok ikut syariat Islam jah. :)

demo tok sir bukok thread ko abah din demo hok suruh rakyat kelate jihad ? buleh demo letak gambar anok dio hok ikut syariat :D
 
yelah yelah. mari kita ngaji sampai khatam dulu. maksiat dpn mata biarkan sbb tak khatam lagi ilmu agama semuanya.
 
demo tok sir bukok thread ko abah din demo hok suruh rakyat kelate jihad ? buleh demo letak gambar anok dio hok ikut syariat :D

Gapo pekdoh caro ko sek dio? Caro ko sek kito ni.

Kawe nok tanyo, saloh ko kawe suruh sek2 penyokong parti ni ngaji? Saloh dok? Kalu saloh,acu oyak. Jange kito dok mikir nok politik jah. Ilmu ni hok penting. Hok pemimpin tuh, 5 Mei masa utk mmilih. :)
 
yelah yelah. mari kita ngaji sampai khatam dulu. maksiat dpn mata biarkan sbb tak khatam lagi ilmu agama semuanya.

Kena seiring lah saudara. Saudara sendiri takleh terima teguran supaya suruh mengaji lagi, apatah lagi saudara nak tegur maksiat?

Takpe, biar kurang ilmu tetapi adab,tatasusila kita pegang. Bukannya bila ilmu penuh didada,baru nak nahi mungkar tetapi cara tu,biar kena dgn cara Islam.

Saya takda lah mengaji hbs lagi,tapi apa yg saya buat ni bukan tegur maksiat ke? :)

Macam kita,sokong PAs. Mengaji tak habis lagi belaka. Tapi sokong PAS, sokong. Mengaji? Dok mengaji. Kena seiring.. Hidup ini bukan sekadar untuk pilih pemimpin. :)
 
Bagus tt, syabas diucapkan sepatutnya umat Islam wajib mengenal Allah Taala terlebih dahulu. Inilah ilmu yang wajib dituntut. Saya sokong 100% thread dibuka....
 
Back
Top
Log in Register