Khasiat kupang kurangkan gejala RA
21-05-2009 09:29:11
KUPANG adalah sejenis makanan laut yang enak dan menjadi antara menu pilihan untuk hidangan keluarga. Bagaimanapun, kesukaran mendapatkan kupang segar, selain harganya yang agak mahal menyebabkan keenakan makanan laut itu hanya dinikmati pada waktu tertentu berbanding ayam yang menjadi menu harian.
Sebenarnya, fungsi kupang bukan saja menjadi menu sajian, malah transformasi sains menjadikan makanan laut itu terbukti mampu memberi kelegaan mengatasi sakit sendi yang dikaitkan dengan artritis. Ujian klinikal yang dilakukan di Hong Kong dan beberapa kajian kes di Malaysia, mengesahkan bahawa ekstrak lipid laut semula jadi yang berasal daripada kupang hijau terbukti mempunyai khasiat tersendiri yang memberi sinar baru kepada pesakit artritis.