Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,591
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,591
- Reaction score
- 7,741
- Points
- 916
Korea Selatan Dakwa DeepSeek Pindahkan Data Pengguna & ‘Prompts’ Tanpa Kebenaran
24.04.2025 - Pihak berkuasa perlindungan data Korea Selatan mendakwa syarikat pemula kecerdasan buatan dari China, DeepSeek, telah memindahkan maklumat pengguna dan arahan (prompts) tanpa kebenaran ketika perkhidmatan berkenaan masih boleh dimuat turun di pasaran aplikasi negara itu. DeepSeek bagaimanapun belum memberikan sebarang maklum balas. Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi berkata Hangzhou DeepSeek Artificial Intelligence Co Ltd tidak memperoleh persetujuan pengguna semasa memindahkan maklumat peribadi kepada beberapa syarikat di China dan Amerika Syarikat ketika pelancaran aplikasi itu di Korea Selatan pada Januari.
Pada Februari, agensi data Korea Selatan menggantung muat turun baharu aplikasi berkenaan selepas DeepSeek mengakui gagal mengambil kira beberapa peraturan agensi berkaitan perlindungan data peribadi. Agensi perlindungan data itu berkata DeepSeek juga menghantar kandungan arahan AI yang dimasukkan oleh pengguna kepada syarikat Beijing Volcano Engine Technology Co. Ltd., bersama dengan maklumat peranti, rangkaian dan aplikasi. DeepSeek kemudian memberitahu agensi bahawa keputusan untuk menghantar maklumat kepada Volcano Engine adalah bagi tujuan menambah baik pengalaman pengguna dan mereka telah menyekat pemindahan kandungan arahan AI tersebut bermula 10 April, menurut kenyataan itu.
Agensi berkenaan menyatakan telah memutuskan untuk mengeluarkan cadangan supaya DeepSeek segera memadamkan kandungan arahan AI yang telah dipindahkan kepada Volcano Engine serta mewujudkan asas undang-undang untuk pemindahan maklumat peribadi ke luar negara. Merujuk kepada pengumuman Korea Selatan itu, Kementerian Luar China menegaskan Beijing tidak pernah dan tidak akan meminta syarikat-syarikat untuk mengumpul dan menyimpan data secara haram.