BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Deejay popular berpesta ganja

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR: Seorang deejay popular diberkas polis kerana disyaki terbabit dalam ‘parti ganja’ bersama tiga rakannya di rumah sebuah pangsapuri di Setapak di sini, malam kelmarin.

Dia yang pernah menjadi deejay sebuah stesen radio terkemuka ditahan hasil maklumat orang awam yang mengesyaki sekumpulan suspek menghisap dadah di rumah itu.

Sepasukan anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan deejay terbabit bersama rakannya sekitar jam 12 tengah malam.

Sumber polis berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk pangsapuri itu yang curiga dengan aktiviti deejay terbabit di rumah itu.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota polis menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan deejay terbabit bersama tiga rakannya itu, seorang daripadanya wanita dipercayai terbabit secara langsung dalam industri hiburan.


Seorang lagi pernah bertugas di sebuah syarikat rakaman tempatan.

Hasil siasatan polis kemudian menemui sejumlah ganja seberat kira-kira 60 gram yang dipercayai digunakan deejay terbabit untuk aktiviti penagihan di rumah itu.

“Semua suspek dibawa ke IPD Sentul untuk menjalani ujian air kencing sebelum disahkan positif mengambil dadah.

“Berikutan itu, deejay terbabit bersama tiga rakannya ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penangkapan deejay terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, wartawan Harian Metro mendapati berita panas mengenai penangkapan deejay popular terbabit mula tersebar sekitar jam 9 pagi semalam.

Malah, wartawan turut menerima panggilan daripada isteri seorang penyanyi terkenal tanah air.

Difahamkan, deejay berusia 35 tahun terbabit pernah menjayakan pementasan bangsawan selain menghasilkan skrip drama.

Dia juga pernah mengusahakan perniagaan makanan.

sape hah??:-? :-?
 
sape deejay popular umur 35 tahun hah??
 
aku rase dj tue mesti yg popiler :D
 
Siapa ekk....:-? :-? aku jarang dengar radio...
 
... ismahalil hamzah...:-? :-? :-?
 
Back
Top
Log in Register