strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak perlu merahsiakan semua nama yang menang bidaan nombor pendaftaran kenderaan termasuk menteri yang memperolehnya secara percuma,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata, seperti menteri, nama terbabit wajar didedahkan kerana anggota Kabinet memang berhak memperoleh satu nombor pendaftaran kenderaan secara percuma sekali sepanjang khidmat mereka.
Katanya, JPJ memberikan alasan tidak mendedahkan nama terbabit sebelum ini kerana untuk menjaga sensitiviti.
“Mereka kata untuk menjaga sensitiviti, saya kata tak perlu jaga sebab itu memang hak mereka sebagai menteri dan kerabat diraja.
“Selepas ini, untuk mengatasi kekeliruan, sistem pendaftaran dalam talian (E-Bidding) yang lebih telus akan dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.
Sebelum itu, PAC memanggil pegawai kanan kementerian, termasuk Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu bidang tugas jabatan terbabit.
Beliau mengulas kontroversi tindakan JPJ yang tidak mendedahkan nama pemilik nombor pendaftaran yang menang bidaan baru-baru ini bermula dengan huruf BMW.
Melalui senarai tersebut, terdapat beberapa pemilik yang dirahsiakan namanya sebaliknya menggunakan nama ‘Ahli Pentadbiran Kerajaan’ yang menimbulkan kekeliruan orang ramai.
Nur Jazlan berkata, kerabat diraja seperti Yang di-Pertuan Agong dan sultan diberikan kuota tujuh nombor pendaftaran kenderaan secara percuma.
Katanya, tengku mahkota dan raja muda pula berhak menerima dua nombor pendaftaran istimewa.
“Perdana Menteri dan timbalannya juga berhak mendapat dua nombor pendaftaran sepanjang khidmat mereka manakala menteri satu nombor,” katanya.
Nur Jazlan turut berkata, terdapat pertindihan tugas antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan JPJ selepas Akta SPAD 2010 dikuatkuasakan.
http://www.hmetro.com.my/node/6896