Pergh murah gila ni. Free call lagi tu. U mobile ada postpaid x? Kontrak ngan maxis ada dlm 6 bln lgi. Bli iphone hari tu..
better takyah postpaid, prepaid je. nk guna bayar, tak nk guna tak perlu bayar. takde contrak....
tunetalk topup rm50, dapat rm70, tolak validity 365hari (rm38), belen rm32. kalu takat wassap je, sehari 30 posen pun tak sampai. aku guna tunetalk untuk signal forex, bukak mt4 forex, bukak forex server platform lain, monitor PC secara remote (control PC secara jauh) gmail dan yahoo mai, google talk(kadang2 sahaja), tengok akaun bank, wassap dengan family. kos sehari dalam 30 sen. guna dekat phone Xperia E dual..
xox, topup rm10, biar kan aje. 2 tahun validity. perhubungan utama, sim taruk dalam phone nokia 1280, senang nk campak, rosak pun tak risau..bawak ke mana walhal dalam tandas sekali pun..xde hal.
UMobile UMI18, perhubungan wassap utama dengan kawan2 yg asik berwassap, monitor PC secara remote, tengok ramalan cuaca, google map, n semua pekara yg berkaitan dengan internet. UMI18 dilanyak secukup rasa sehingga habis. call dan mesej free dihabis. sebulan Rm18, puas hati. dah habis koute, agak2 kurang laju, amik simkard, taruk dalam externel modem, cucuk kat kom dekat umah, lanyak lagi. unlimted la katakan..guna dekat lenovo cikai2 (rm230 je aku beli), tapi screen dia memang terbaik.
desktop di pejabat: tenet free, download segala benda, segala pekara berkaitan dengan download dilakukan. tengok utube, tonton utube n bla2 yg kaw2 makan data. takde hal, free je..hahaha
setiap hari, aku bawak 3 phone. kecuali sabtu ahad (market forex tutup), aku just bawak 2 phone. nmpk mcm membazir, tapi bila kira2 balik, teknik nie jauh lebih menjimatkan..
sekian..