BTC USD 83,829.9 Gold USD 4,210.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DBKL Roboh 18 Struktur Haram Di Setiawangsa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,211
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,211
Reaction score
351
Points
141

DBKL Roboh 18 Struktur Haram Di Setiawangsa​

e6bf1a87c439d868719cc4a9f6490ab66a7ed67c47eac

Kredit: Fb Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 18 struktur tanpa kebenaran yang didirikan di rizab jalan awam sekitar Pasar Pagi Terbuka, Jalan Rejang, Setiawangsa, di sini semalam.

DBKL menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan operasi bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Menurut DBKL, tindakan perobohan berkenaan dilaksanakan mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 manakala dua tindakan sitaan dilakukan di bawah Seksyen 46(1)(d) akta sama.

“DBKL akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap sebarang pembinaan struktur tanpa kelulusan atas rizab jalan awam demi menjaga keselamatan dan kepentingan orang ramai serta menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa,” menurut hantaran itu.

Sebarang aduan atau maklum balas boleh disalurkan di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

 
Back
Top
Log in Register