surfer957
Super Active Member
- Messages
- 7,974
- Joined
- Mar 30, 2008
- Messages
- 7,974
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
Produser filem terkenal David Teo dengar ceritanya macam nak naik angin satu badan kerana filem terbaru Jangan Tegur terbitan syarikatnya kena buat penggambaran semula.
Filem arahan Pierre Andre itu khabarnya tak memenuhi beberapa kriteria. Terdapat beberapa adegan dalam filem itu yang jadi gelap gelita macam orang buat penggambaran dalam gua.
Pada majlis berbuka puasa di restoran Lemon milik David yang terletak di Mines, Sri Kembangan, Selangor Isnin lalu, Niezam bertanya kesahihan cerita itu.
Bukannya apa, macam-macam cerita yang orang heboh perkatakan mengenai hubungan David dengan Pierre yang dikatakan tak beberapa ngam sejak kebelakangan ini. Daripada kita dengar mulut orang, lebih baik kita tanya tuan punya badan apa sebenarnya berlaku? Betul ke dia menyesal ambil Pierre mengarah filemnya?
Kata David, dia memang mengakui agak kecewa apabila filem itu terpaksa dibuat pengambaran semula kerana ia membabitkan kos kira-kira RM70,000.
Penggambaran semula itu katanya melibatkan tujuh adegan yang dikenalpasti tidak memenuhi kualiti selepas suntingan akhir dilakukan.
“Ada beberapa adegan yang gelap. Imej pelakon tak nampak, imej hantu pun tak nampak. Luka tangan orang yang kemalangan pun tak boleh nak tengok. Gelap-gelita jadinya. Macam mana orang nak tonton filem ni?” kata David yang menjangkakan tayangan filem itu pada bulan April atau Mei tahun hadapan.
Masalah itu berpunca apabila Pierre dikatakan nak buat eksperimen tidak mahu menggunakan lampu untuk beberapa adegan pada waktu malam.
Kerana perkara itu, penggambaran yang sepatutnya memakan masa hanya 30 hari terpaksa ditambah lima hari lagi.
Dalam hal ini kata David, dia tak mahu marahkan Pierre tetapi akan terus memberi peluang dia mengarahkan filem-filemnya. Sebagai pengarah muda kata David, Pierre mungkin ada banyak idea tetapi tak semua benda yang dilakukan itu menjadi.
Walaupun Pierre membenarkan David memotong bayaran yang diberi kepadanya sebagai ganti rugi tapi menurut David dia tak sampai hati nak buat begitu.
David anggap kesilapan itu perkara biasa. Walaupun rugi RM70,000 tapi jumlah itu boleh diganti balik. Yang penting dia nak tengok filem Jangan Tegur ada kualiti dan Pierre dapat terus menyumbang idea dengan syarikatnya.
Tambah David setiap kejayaan itu bermula dengan kesilapan tapi kalau dah tahu silap, akan datang perkara yang sama harap-harap tak berulang lagi.
Sebagai pengarah muda Pierre memang berbakat. Salah silap sikit tu biasalah. Tapi jangan kerana silap itu kerana konflik cinta yang Pierre hadapi sekarang ni. Harap-harap Pierre dapat atasi masalah itu dengan baik.
