TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
[ BMU - Informasi Semasa ]
Satu perlawanan testimonial antara pasukan Hibernian FC Pilihan dan Manchester United Pilihan akan berlangsung pada 15 Oktober, 9:00 malam waktu Malaysia. Perlawanan ini diadakan khas untuk memperingati sumbangan David Gray kepada bola sepak Scotland dan pasukan Hibernian khususnya.
Bekas pemain yang pernah digilap bakatnya di akademi Manchester United itu telah merekodkan 15 gol dari 177 penampilan bersama Hibernian sejak 2014 hingga 2021. Gol popular minit kecederaan jaringannya pada 2016 telah memastikan kemenangan buat Hibernian dalam perlawanan akhir Piala Scottish sekaligus menamatkan kemarau 114 tahun untuk merangkul trofi tersebut.
Darren Fletcher, Darron Gibson, Wes Brown, Ravel Morrison and Chris Eagles adalah antara bekas rakan sepasukan Gray yang akan turut serta pada perlawanan testimonial nanti.
◉ Skuad United Pilihan
Luke Steele, Danny Simpson, Phil Bardsley, Wes Brown, John Rankin, Alex Bruce, Adam Eckersley, Darron Gibson, Michael Stewart, Febian Brandy, Danny Drinkwater, Ravel Morrison, Danny Galbraith, Chris Eagles, Rod Thornley, Eddie Johnson, Darren Fletcher.
Pengurus: Brian McClair
#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited