BTC USD 84,741.3 Gold USD 4,141.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Daulat Tuanku

nak menitis ayor mata rasenye,melihat tuanku begitu mesra dan prihatin dengan rakyat.
Tuanku boleh diibaratkan seperti seorang ayah menyayangi anak-anaknya.
Moga Allah memberikan keberkatan hidup dan selamat dunia dan akhirat.
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!
 
Ade gambor permaisuri dia tak. Nak tengok penampilan, tudung
sparuh ke penuh???

Dulu bernikah dgn pilihan ibunda baginda dari Thailand, bukan pilihan hati Baginda, tapi tak menjadi. Khabar angin kata dah ada pilihan bakal permaisuri tetapi di nafikan pihak istana. Cukup lah aku cerita setakat tu....

So officially kira most eligible bachelor!!! Sapa2 wanita solihin boleh la masuk meminang !!!

Baginda juga di katakan boleh muncul di mana2 masjid bila2 masa. Semasa kes pengawal istana (sudah arwah-al fatihah) di tembak, Baginda di katakan tiada di istana sebaliknya sedang berqiamulail di masjid Tok Guru, bawa Storm kuning sendiri!!!
:)

Sapa2 berminat mengikuti perkembangan Istana Kelantan boleh masuk http://thekelantaninsider.blogspot.com/ ada cerita tentang Ramadhan Bersama Rakyat, juga dalam tu yg Baginda membayar kemudahan overdraf paduka ayahanda Baginda sebanyak RM2,731,550 dengan menggunakan dana Baginda sendiri (mesti Baginda cukup 'arif tentang pembalasan akhirat jika hutang dunia tak terjelas, atas kecintaan kepada paduka Ayahanda)....etc etc...
 
Last edited:
BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian,
pada penampilan dalam keramaian,
perasaan tertawan kepada sang sultan,

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat..

raja dimulia bukan kerna singgahsana,
raja disayang bukan kerna paluan gendang,
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat',
raja dicinta bukan kerna kuasa,
raja dihormat bukan kerna pangkat,

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat,
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat,

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah,
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut,
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah,
kepada raja kasih tertumpah.

DR MAZA,
160211
 
Back
Top
Log in Register