TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
LELAKI berpangkat Datuk berlumuran darah selepas ditetak sekumpulan perompak di Taman Meru Heights di Ipoh hari ini.
IPOH 22 Dis. - Seorang lelaki berpangkat Datuk parah manakala isterinya cedera selepas ditetak sekumpulan perompak di rumah mereka di Taman Meru Heights di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa dan isterinya sedang bersiap untuk keluar sebelum didatangi perompak yang menunggang motosikal.
Difahamkan, ketika kejadian anak perempuan dan cucu mangsa berada di dalam rumah berkenaan namun tidak dicederakan oleh perompak tersebut.
Menurut jiran mangsa yang dikenali Jasmine berusia 50-an, dia yang baru pulang ke rumah terkejut apabila mendengar jeritan meminta tolong dari rumah mangsa.
“Saya terkejut apabila melihat kira-kira lima hingga enam orang lelaki berlari keluar dari rumah mangsa dan memecut laju motosikal yang diletakkan di luar pagar.
“Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada mangsa kerana tubuhnya terlindung di sebalik kereta. Oleh sebab bimbang dengan keselamatan mereka, saya terus menghubungi polis untuk meminta bantuan dan meminta isteri mangsa mengunci pintu pagar rumah dengan segera,” katanya.
Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan kecemasan.
Dalam pada itu, seorang lagi jiran Datuk tersebut, Fauzi Ramadansyah, 27, berkata,dia menerima panggilan daripada isterinya, Izzah Diana Mustafa, 28, yang mendengar jeritan daripada rumah mangsa.
Menurut Fauzi, isterinya juga terdengar bunyi motosikal di depan rumah mangsa.
"Saya terus menelefon isteri Datuk dan dia meminta tolong. Ketika itu, saya berada di luar dan terus bergegas pulang ke rumah.
"Apabila sampai, saya lihat mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan,"katanya.
IPOH: Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Mansor Ahmad, parah, manakala isterinya cedera akibat ditetak sekumpulan perompak di rumahnya di Taman Meru Height, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, pasangan itu dan anak perempuan mereka dikatakan sedang bersiap untuk keluar apabila didatangi kumpulan perompak berkenaan yang menunggang motosikal.
Anak perempuannya yang enggan dikenali berkata, enam lelaki berkenaan terus meluru masuk ke dalam kawasan rumah sebelum menetak bapanya yang berada di pekarangan rumah berdekatan kereta.
Beliau berkata, bapanya terus menutup pintu rumah sebelum seorang perompak berkenaan menendang pintu sehingga terbuka.
"Saya diacukan parang oleh perompak dan mengarahkan saya menunjukkan barang berharga di tingkat atas.
"Mereka kemudiannya melarikan diri bersama beberapa barangan, termasuk kunci kereta dan kunci pintu pagar," katanya ketika ditemui di rumahnya, sebentar tadi.
![]()
![]()
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...itetak-perompak-1.423193#sthash.3afLd7T2.dpuf
2 suspek diburu
![]()
Ipoh: Polis memburu tiga ahli kumpulan Bell yang dipercayai terbabit dalam kes tetak bekas bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) pada 22 Disember lalu.
Tiga suspek yang diburu itu termasuk ketua kumpulan berkenaan yang dipercayai turut aktif melakukan samun bersenjata di beberapa daerah di negeri ini dan lima negeri lain sejak awal Disember lalu.
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, dua daripada tiga suspek masing-masing berusia 30 dan 31 tahun sudah dikenal pasti.
Menurutnya, empat lagi suspek sudah ditahan pada 27 Disember lalu selepas kumpulan penjenayah itu menyamun seorang wanita di perkarangan rumah mangsa di Parit Buntar pada hari sama.
"Dua suspek yang sedang diburu itu dikenali sebagai Zairy Huzaimy Md Akhir, 30, dan Mohd Fairus Hassan, 31, berasal dari Kepong, Kuala Lumpur.
"Empat lelaki yang ditahan sebelum ini pula berusia antara 20 hingga 30 tahun berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hasnan berkata, tujuh suspek terbabit dipercayai melakukan 26 samun di Perak, Selangor, Melaka, Kedah dan Negeri Sembilan.
http://www.hmetro.com.my/node/193949