BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk lalok terlelap dalam kereta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ALOR SETAR - Misteri dua beranak yang tidak sedarkan diri ekoran berada di dalam kereta terlalu lama berhampiran kedai makan di Simpang Kuala, dekat sini terjawab apabila orang ramai membuat laporan polis.

Difahamkan, kereta yang dinaiki seorang pemandu berusia 45 tahun bersama seorang cucunya berusia tiga tahun itu diparkir di hadapan sebuah kedai makan sejak tengah hari semalam.

Orang awam yang berada di tempat kejadian berasa curiga dan pelik apabila dua beranak itu berada dalam kereta yang tidak dimatikan enjin terlalu lama sehingga timbul prasangka berlaku kejadian penculikan.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 7.15 malam dengan bantuan anggota pondok komuniti, orang awam dan dua beranak yang berada dalam kenderaan tersebut dapat dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan turut mengesahkan kejadian itu dan datuk kepada cucu budak lelaki itu positif dadah methamphetamine,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/datuk-lalok-terlelap-dalam-kereta-1.287570
 
Nasib baik tidak jadi apa-apa. Sudah jadi datuk pun main dadah.
 
Pergh...!!!!
Ape da..jgn r cam ni..
Sendiri2 soda...siap bwk cucu lg..nyaya wool...
 
dah lalok bawak cucu sekali...silap haribulan mati dalam kereta.
 
datuk2.. kot yer pun nk laloq jgn la bwk cucu skali.. haishhh.. doniya2..
 
sejak tgh hari ...... pkl 7.15 mlm baru 'disedarkan', lama tu.

cucu dia terlaluk skali ke?
 
ade org bagi dadah kt datuk tu kot.datuk tu ambik scara tak sngaja~ (think +ve) haha
 
Bkn kelmarin punya berita ka? Masuk buletin utama..
 
Back
Top
Log in Register