BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Jeffrydin kesal!

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
image.jpg


Penyanyi popular 60-an, Datuk Jeffrydin, 64, meluahkan kekecewaannya apabila artis lama sering diberi bayaran tidak setimpal setiap kali dijemput penganjur mengadakan persembahan.

Menurut Jeffrydin atau nama sebenarnya Jefrydeen Imbrom Soekaman, wujud perbezaan ketara bayaran yang diterima antara artis lama dan baru, sedangkan kedua-duanya mempunyai peminat dan kekuatan sendiri.

Baginya, situasi itu jauh berbeza dengan zamannya dahulu apabila artis lama menerima bayaran tinggi berbanding artis baru kerana pengalaman dimiliki mereka.

“Saya agak kesal melihat artis-artis baru diberi layanan kelas pertama dan terima bayaran jauh lebih tinggi untuk setiap persembahan mereka berbanding dengan bayaran sepatutnya diterima artis lama seperti saya.

“Jika lihat pada era 60-an dulu, setiap artis baru akan menerima bayaran paling rendah berbanding dengan artis lama memandangkan mereka tiada pengalaman dan masih baru dalam bidang hiburan yang disertai terutamanya nyanyian.

“Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya apabila artis baru diberikan layanan istimewa di usung ke sana sini, disanjung begitu gah dan menerima bayaran hingga cecah RM7,000 setiap undangan pentas,” katanya ketika ditemui Zass sewaktu mengadakan persembahan di Alor Gajah,
Melaka, baru-baru ini.

Jeffrydin berkata, apabila perkara itu diusulkan kepada penganjur, mereka takut untuk mengambil artis lama kerana bimbang populariti seperti artis-artis 60-an tidak mampu meraih keuntungan sekiranya dibayar dengan satu jumlah tinggi.

Selain itu, katanya, tindakan artis baru bergerak menerusi pegawai perhubungan awam (PR) atau pengurus juga menyebabkan penganjur terpaksa membayar lebih," katanya yang popular dengan lagu Siti Aida, Kenanganku dan Seruling Anak gembala.

 
di barat semakin lama artis, bayaran semakin mahal..
 
erm..dah2 la nyanyi pak cik oitt..
duk umah jaga cucu ke buat amal ibadat ke lg baik..:D
 
huhu..dah lah tu,
tukar angin lah pulak, takkan nak menyanyi sampai mati kot
 
pokcik pun nyanyi mcm kayu..sudah2la
 
duk umah je lah.. dari muda sampai ke usia emas ni menyanyi, x kan lah x de wat simpanan...
 
pencen la..da tua pun..rajin2 la gi masjid..
 
bukan kira baru atau lama. popular atau tak, tu yang diorg cari
 
Back
Top
Log in Register