BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk culik masuk jerat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
GOMBAK: Kerana cinta, semuanya boleh berlaku. Itulah yang terjadi kepada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang didakwa sanggup melakukan jenayah semata-mata kerana melayan kerenah dan sikap cemburu buta teman wanitanya.

Akibatnya, Datuk terbabit terpaksa menerima padah apabila dia ditahan bersama kekasih gelapnya atas dakwaan menculik dan mengurung seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan spa di Rawang, kelmarin.

Difahamkan, Datuk berusia awal 30-an itu disyaki menculik wanita itu gara-gara termakan hasutan teman wanitanya yang bermusuh dengan pelayan spa terbabit.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 5 petang, ahli perniagaan terbabit menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama empat gadis termasuk teman wanitanya sambil ditemani dua lelaki lain ke sebuah pusat rawatan spa di Rawang.

“Sebaik tiba di spa berkenaan, dua gadis yang turut bersama Datuk itu masuk ke premis pusat rawatan terapi itu sebelum menyatakan hasrat menemui seorang pekerja yang dikenali mereka.

“Sejurus kemudian, mangsa yang keluar untuk berjumpa kedua-dua gadis itu mula bertengkar,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua gadis terbabit yang hilang sabar bergelut dengan mangsa berusia awal 20-an itu.

“Dalam kejadian itu, mangsa ditampar selain rambutnya disentap. Tidak cukup dengan itu, mangsa ditarik masuk ke dalam kenderaan sebelum dilarikan.

“Bagaimanapun, beberapa pekerja premis berkenaan yang melihat kejadian itu segera melaporkannya kepada polis,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan, polis segera menjalankan siasatan bagi mengesan kumpulan suspek yang dipercayai menculik dan mengurung mangsa.

“Hasil siasatan, polis menyerbu sebuah kediaman di Bukit Serdang di sini, sebelum menyelamatkan mangsa yang dikurung dalam rumah berkenaan.

“Ketika serbuan, tiga lelaki termasuk Datuk terbabit serta dua wanita yang menyerang mangsa turut berada dalam rumah itu,” katanya.

Menurutnya, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sebelum polis mendapatkan perintah menahan reman mereka selama empat hari.

“Semua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan mengurung mangsa.

“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan kejadian melarikan dan mengurung mangsa bermotif cemburu antara wanita berkenaan sebelum teman wanita Datuk terbabit cuba menyerang mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan terhadap kes terbabit diselesaikan dalam tempoh terdekat.
 
ni la akibat bur1t dan duit....
 
Datuk-datuk skrg...duit & pompuan xpenah cukup..selera nafsu besar dow!
 
Dato' dato akhir zaman...melingkupkan anak dara org jer
dah lame idup ler tuu
 
Back
Top
Log in Register