BTC USD 85,703.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Azhar Mansor

ntahlaaa..kat mne erk dier???:-? :-? :-?
 
aku rasa dia masih kt langkawi :-?
 
Hari ini 22 tahun yang lalu, Datuk Azhar Mansor kembali ke tanah air dari pelayaran solonya mengelilingi dunia.

Dilahirkan di Kangar, Perlis pada 11 Februari 1958, Azhar memulakan pelayarannya dari Awana Porto Malai, Langkawi tepat jam 4.30 petang 2 Februari 1999 dengan kapal layar diberi nama Jalur Gemilang disaksikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berlayar mengikut arah Timur, laluannya sudah ditetapkan iaitu menukar haluan di Cape Leeuwin di Barat Australia, kemudian di South East Cape di Tasmania, seterusnya South Cape di New Zealand sebelum merentas Lautan Pasifik menuju Cape Horn, Chile.

Namun sebelum sampai ke Cape Horn, tiang layarnya patah dek dibadai ribut, memaksanya berlabuh untuk membaiki kerosakan sekali gus menunda tempoh pelayaran asal yang dirancang iaitu kurang 100 hari untuk melakar rekod World Sailing Speed Record Council (WSSRC).

Siap memasang tiang baharu, Jalur Gemilang meneruskan pelayarannya ke arah Kepulauan Fernando de Noronha di Brazil, kemudian merentas Lautan Atlantik dan turun ke selatan semula untuk melewati Cape of Good Hope di Afrika Selatan dan terus menuju ke Langkawi.

Di tengah perjalanan itu, Azhar terperangkap dalam keadaan yang dipanggil sebagai angin mati atau ‘doldrums’, di mana laut amat tenang tidak berombak sedikit pun selama dua hari sebelum angin kembali bertiup dan membolehkan pelayaran diteruskan.

Akhirnya selepas berlayar sejauh 21,760 batu nautika selama 190 hari, 6 jam, 57 minit dan 2 saat, Jalur Gelimang selamat tiba semula di Awana Porto Malai pada 11 Ogos 1999. Azhar menjejakkan kakinya di Jeti Star Cruise pada 11.55 malam itu.

Walaupun tidak dapat melakar rekod pelayaran keliling dunia secara solo terpantas tanpa bantuan, WSSRC tetap mengiktiraf pelayaran itu secara rasmi dalam kategori 'Keliling Dunia, Dengan Bantuan, (berhenti), Arah Timur, Seorang Diri', yang tidak pernah dibuat sebelum itu.

Azhar kemudian dianugerahkan gelaran ‘Kapten Terhormat’ oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika majlis makan malam sempena temasya Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada Disember tahun itu.

Sumber: WSSRC, Perpustakaan Negara, Utusan Malaysia, Wikimedia Commons

#PeristiwaHariIni

FB_IMG_1628723300834.jpg
 
kena buat sesuatu yang memberikan hasil, memudahkan kehidupan masyarakat, takat keliling dunia naik kapal, apa impak pada kita?

sebab tu bila habis, akan senyap bagitu sahaja.
 
Aku antara org yg smbt dia kt proto malai dl tu, yg best sambut sebaris ngn tun lg hehehe
 
Bukan kat tengah laut ada badai/ombak yang macam tinggi 10 tingkat ka? Boleh lepas tak remuk ek kapal dia...? Hebat2, berani.
 
Bukan kat tengah laut ada badai/ombak yang macam tinggi 10 tingkat ka? Boleh lepas tak remuk ek kapal dia...? Hebat2, berani.
Layar patah 3 masa kat cape horn
Masa ni ramai kata sebab tiang layar bentuk salib la. Macam2 org kita
 
Back
Top
Log in Register