ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Din (kanan) menunjukkan sebahagian barangan yang disyaki dicuri oleh kumpulan suspek berkenaan.
BATU PAHAT - Lapan suspek kes pecah premis perniagaan dan rumah berusia antara 23 hingga 73 tahun ditahan polis, 2 Mei lalu.
Mensasarkan pusat komersial dan rumah tiada penghuni, modus operandi kumpulan tersebut melakukan kegiatan haram mereka.
Mereka mengambil kesempatan pada waktu cuti untuk melakukan kerja pecah premis kilang, kedai, stor dan rumah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mereka dipercayai bergiat aktif sekitar enam bulan lalu dengan mengambil apa sahaja barangan yang ditemui.
Menurutnya, kebanyakan barangan yang dicuri setelah sesebuah premis itu tiada pekerja setelah bercuti, dan begitu juga dengan rumah yang ditinggalkan waktu cuti.
"Lapan suspek ini ditahan polis di sebuah rumah di Taman Nira setelah menerima maklumat orang ramai, yang mencurigai kegiatan mereka ini," katanya.
Din berkata, ekoran penangkapan semua suspek terlibat polis berjaya menyelesaikan 10 kes berkaitan yang berlaku di daerah ini.
Jelasnya, dalam siasatan berkenaan turut mendapati ada di antara suspek mempunyai kesalahan lampau dan ada sebahagiannya masih lagi belajar untuk menjadi penjenayah.
Tambahnya, ketika serbuan dilakukan, pihaknya berjaya menemui pelbagai barangan seperti televisyen, tong gas, mesin pemotong rumput dan barangan yang telah dilaporkan hilang sejak tahun lalu.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan mereka ini boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 14 tahun," katanya.