eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dia menolak kedatangan mengejut keluarga bekas teman wanita anaknya yang mahu memutuskan pertunangan kerana mendakwa datang secara tidak ‘beradat’.
Ahmad Rifaee Bukhari Aman Shah, 56, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie Datuk Zaidi Zain yang mewakili anaknya, Radzman, 26 (plaintif) yang membuat permohonan menuntut ganti rugi putus tunang dan persiapan perkahwinan terhadap Fadzilah Mohd Daud, 30 (defendan). Menurutnya, dia hanya dimaklumkan abang kandung defendan, Mohd Fakhrul Adabi pada jam 7.30 pagi melalui panggilan telefon pada hari kejadian yang mengatakan mahu datang ke rumah dan memulangkan barang hantaran.
“Sepatutnya saya ke Johor pada hari kejadian, tetapi mereka membuat panggilan secara mengejut dan datang ke rumah dan saya terpaksa membatalkan pemergian ke Johor yang juga menyebabkan kehilangan pendapatan RM1,000.
“Mereka (Mohd Fakhrul dan beberapa lagi yang didakwa saudara) datang membawa beg plastik berisi barang hantaran. Saya minta mereka bawa balik. Masa meminang dulu kami buat secara beradat, jadi saya minta mereka buat secara beradat,” katanya.
Ahmad Rifaee berkata, dia mula curiga serta meminta Fadzilah sendiri datang bagi membolehkan dia bertanya punca sebenar.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila Mohd Fakhrul dengan kasar menjawab ‘orang sudah tidak suka, tidak faham ke’. Reaksi saya ketika itu hanya mengucapkan terima kasih dan menjemput mereka minum air yang sudah dihidangkan. Ketika itu Radzman pun ada, tapi saya tidak benarkan dia masuk campur,” katanya.
Dia mendakwa, barang pertunangan termasuk dua cincin yang diberikan kepada Fadzilah serta perbelanjaan ke majlis pertunangan di Terengganu membabitkan 25 orang serta lima kereta, disediakan olehnya.
“Saya menanggung perbelanjaan RM3,000 merangkumi minyak kereta, penginapan serta makan minum. Saya mengeluarkan semua perbelanjaan dan apa sahaja yang dipersetujui defendan dan keluarganya dalam majlis itu, kami hanya mengikut.
Menurutnya, empat hari selepas kejadian abang defendan datang ke rumah secara mengejut, mereka datang sekali lagi dan membawa bersama semua barang hantaran termasuk dulang.
“Saya kata kepada mereka, elok ke buat begini, masa sudah begitu suntuk (dekat dengan tarikh perkahwinan) bagaimanapun mereka hanya letak semua barang itu dan beredar,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad bersambung 9 Jun ini Fadzilah diwakili peguam syarie Mohd Zaidi Ibrahim didakwa memutuskan pertunangan pada 4 Mac 2008 selepas hampir dua tahun bertunang. Plaintif menuntut defendan membayar tuntutan ganti rugi RM13,000.