Wakalah yang aku join lepas aku join dulu mmg dia cerita habis... lepas tu aku yang surrender sbb tak faham.
Pecah sana pecah sini. Dan kena ada kedai emas.
Bini aku jual emas online... mmg letak harga melampaui harga market... setakat ni dari observation aku mmg customer tetap akan datang sbb mereka nak design. X ramai yang PM tanya harga per gram pun.
So aku rasa disini DEPB ada main peranan dan sebagai support kepada wakalah mereka.
Wakalah ada kedai emas.
DEPB ada emas / hartanah sampai dekat Selangor tu satu tapak appartment dia beli (mungkin sebagai penimbal in case jadi apa-apa pada perniagaan emas ni).
Dan mak aku pernah nak beli emas, aku trace balik rupanya daripada DEPB, memang mahal diorang jual tapi ansuran boleh sampai 5 tahun beb. Design pun meleleh LOL (aku x rasa apa pun tgk design-design emas ni tapi aku tgk respons orang perempuan sampai tiap malam bukak gambar emas tu dekat henset dia.
And then ada kita, matlamat kita just nak rolling balik duit-duit tu. Matlamat company emas macam ni nak up kan stock emas sebanyak mungkin untuk disalurkan pada setiap new idea yang ada. Misalnya ansuran 5 tahun tu. Kalau sebulan dapat sampai 1000 customer? Dah berapa tu. Wakalah sampai 50 orang - 70 orang... kalau at least separuh ada kedai emas maka tak mustahil boleh dapat amaun banyak tu.
Maka rolling-rolling tu memang possible. Cuma aku sendiri masih mengkaji. Kaedah lama yang diasaskan oleh Karim Bizmambau (ni kaedah emas delay) yang pecah 10 bahagian masuk satu persatu ke dalam ar-Rahnu dan tebus berkala tu rasanya dah x berapa digunakan oleh DEPB ni.
Kena ada wakalah yang sahkan. Insya'Allah lepas raya aku jumpa lagi wakalah aku, nak masuk order ETA baru dan kali ni nak tanya betul-betul pasal rolling ni.
Even aku x kan jadi pengelola contra / ETA pun, pada aku semua ni ilmu yang amat bermanfaat. So memang aku nak belajar.