BTC USD 81,667.8 Gold USD 4,026.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darul Emas Perak Enterprise / Berhad

Bro neocortex ada komen psl teknik delay ak? Rame org jual gold bar bawah market price ngan teknik delay. Bayar ari neh lg 6 bulan dpt barang. Bley caya ka seller mcm tuh?

Saya tak pernah buat satu 'omelan' pasal tu.
Sebabnya mindset saya hanya merakam dimana 'loophole' sesuatu sitem akan runtuh.
Eksploitasi satu fasa lain.
Manipulasi satu fasa lain.
Tapi keduanya memerlukan proses yang sama.
Soal boleh percaya atau tak tu 'bergantung'.
Sebab bergantung tu bermaksud selagi ianya 'boleh dimainkan' dan masih dalam 'nilai munasabah' ia akan terus berlangsung.
Jadi tentunya ianya boleh dipercayai kan?
Bagaimana untuk tak boleh dipercayai?
*bila muzik berhenti la..
bila tu? Someday..sooner or later..but it definitely will.
 
Buyback dah lebih dari rm200 iaitu rm212.
Tuk cover balik buyback rm212 tu kena counter offer buyback batch tu lebih dari rm220.
Baru ada untung.
Next flip?
Demi ekslusifnya DEPB, anda sanggup berbelanja lebih dari rm220/gram?
Pasti dan tentunya.
Sebab terpaksa counter offer.
Kalau tak, rugi beli emas pergram kat harga rm180.
*hujan yang turun akan tersejat menjadi awan.
Cuma jangn lupa awan kita xleh kepung. Hujan yang terbentuk dari hujan pada mula td akn beralih ke tempat lain dan gugur semula.

terbuku yang tersurat n tersirat..mantop..padat.. :)cgrock:)cgrock
 
Kalo nk lebih selamat masuk depb neh, masuk pakej rsb2. 1g depa juai rm180. Emas pegang sendiri. Lps 2 bulan bley jual balik kt depb ngan hrga rm212. Apa2 hal jd, kena ngan bank negara ka apa ka, emas kt tangan kita. Wallahualam..

Disinilah 'loophole' yang dimanipulasi dan dieksploit terus dari kilang.
Waktu tu yang menjadikan nilai emas tu susut bukan sebab harga semasa, *because you never bought it according/parallel to market price on the first place. You bought it with the 'story'.
 
Tok belagak da femes...btw ak da follow die sejak die belum men emas lg..seorg y boleh d percayai..walaupn xde modal nak join..kalau ade wit memg nk join..
 
Rasanya tak perlu nak pertikai harga yg depb tentukan
Sedangkan sykt2 lain pun tentukan harga sendiri
Kedai2 emas pun masing2 harga tak sama
Siapa yg tentukan wajib guna harga spot atau lain2
Takde kan?
 
Rasanya tak perlu nak pertikai harga yg depb tentukan
Sedangkan sykt2 lain pun tentukan harga sendiri
Kedai2 emas pun masing2 harga tak sama
Siapa yg tentukan wajib guna harga spot atau lain2
Takde kan?

Apa berlaku jika pengeluar/pemborong dan mereka yang ambil upah simpan berada dalam rantaian yang sama?
Jawapannya adalah amat terdedah pada = Riba, Gharar dan Taghrir

Tak percaya?

Riba dari segi bahasa ialah tambahan atau subur.
Walau bagaimanapun bukan semua yang perkara yang bertambah itu riba menurut hukum fikah.
Dari segi istilah syariat ialah akad yang terjadi ke atas pertukaran barangan yang tertentu yang tidak diketahui persamaannya menurut ukuran syarak ketika berakad, atau dengan menangguhkan tukaran kedua-dua belah pihak atau salah satu daripada keduanya.

Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui berlaku atau tidak . Di kalangan ahli fikah terdapat pelbagai definisi antaranya “perkara yang tidak diketahui sama ada dapat diperolehi atau tidak” atau “ perkara yang meragukan di antara selamat atau musnah” atau “perkara yang menjadi syak (ragu) sama ada dapat diperolehi salah satu daripada tukaran barangan” atau “perkara yang tidak diketahui adakah sempurna atau tidak” atau “sesuatu yang meragukan antara dua perkara yang tidak ketara salah satu daripada keduanya”

Gharar ialah risiko yang berlaku sebagai kesan daripada perbuatan al-taghrir.
Al-taghrir ialah penipuan, sama maksudnya dengan al-tadlis.
Ia bermaksud penipuan yang dilakukan bagi mempengaruhi pihak yang ditipu untuk melakukan akad yang disangkanya memberi kebaikan (maslahah) kepadanya sedangkan pada hakikatnya tidak begitu.

Nak huraikan kang jadi novel plak.
Bagaimana ini boleh berlaku?
Ini adalah kerana mereka yang tentukan harga kemudiannya bukan bergantung kepada penawaran dan permintaan semasa.
*permintaan dan penawaran semasa tu hanya 'among themselves'..or..new customer/player.
**Dah hurai kat atas.

Disini tak boleh bandingkan dengan kedai emas.
Ini kerana dalam urusan menjual, selain pegang pada harga spot..dorang ada satu bahagian lain iaitu 'craftmanship'.
*Upah craftmanship ni bergantung pada kualiti dan kecantikan rekabentuk emas yang terhasil.
**Kena ingat dorang tiada kos upah menyimpan disini.

Camner kalau tetiba orang menjual tersasul cakap ada 'khidmat' menyimpan?
Ye la, dari niat beli tuk wife terkalih jadi 'investment' plak.
Dia cuma ambil 'upah menyimpan'.
Maksud menyimpan disini adalah kita beli dari dia, kemudian dia simpankan untuk kita.
*Secara harfiahnya la..tersasul tu bermaksud 'tawaran' kerana akan diceritakan perihal 'keuntungan' yang boleh didapati dari urusniaga tu.
Kerana apa andai tersasul tu akan menguntungkan dia berbanding anda?
Sebabnya..
 
Sebabnya sementara dorang ada tunai, *upfront/booking/tempahan/duit tanda dari hangpa, dorang ada stok emas.
Semudah itu.
Fitrah dia sama mcm duit fiat.
Bila orang yang mulakan sesuatu sistem tetap berada dalam rantaian tu, ianya disebut 'keuntungan'.
Bila 'big player' dah keluar dari rantaian tu dengan menarik salah satu, emas atau duit *remember that they have both?..akan wujud pihak yang terbencana.
*cuma berlapik dengan 'hangpa masih ada emas tu'.
Ianya berlaku dulu, sekarang dan akan datang.
Cuma pada sandaran berbeza, oleh orang lain, kat tempat lain dengan tawaran lain.
 
Tok belagak da femes...btw ak da follow die sejak die belum men emas lg..seorg y boleh d percayai..walaupn xde modal nak join..kalau ade wit memg nk join..

den follow dari zaman blog lagi bro hehe:D
 
Sebabnya sementara dorang ada tunai, *upfront/booking/tempahan/duit tanda dari hangpa, dorang ada stok emas.
Semudah itu.
Fitrah dia sama mcm duit fiat.
Bila orang yang mulakan sesuatu sistem tetap berada dalam rantaian tu, ianya disebut 'keuntungan'.
Bila 'big player' dah keluar dari rantaian tu dengan menarik salah satu, emas atau duit *remember that they have both?..akan wujud pihak yang terbencana.
*cuma berlapik dengan 'hangpa masih ada emas tu'.
Ianya berlaku dulu, sekarang dan akan datang.
Cuma pada sandaran berbeza, oleh orang lain, kat tempat lain dengan tawaran lain.



tq bro atas pencerahan...den ada join jgk dgn depb...den yng boleh join ni sbb kenal tol belagak..kalau dak mmg maaf la nak join hehe...tp btoi mcm bro ckp tu...x ada bnda yang kekal melain kan Allah jua...jadi den berdoa la bnda ni bertahan lama
 
Back
Top
Log in Register