BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Di Lesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Mungkin ada yang belum tahu, setakat ini hanya terdapat 5 bank digital di Malaysia yang telah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. 5 Bank digital itu ialah AEON Bank (M) Berhad, Boost Bank Berhad, GX Bank Berhad, KAF Digital Bank Berhad dan YTL Digital Bank Berhad (Ryt Bank). Walau bagaimanapun, dari 5 bank digital ini, hanya 2 sahaja yang telah dilesenkan dengan Bank Digital Islam iaitu AEON Bank (M) Berhad dan KAF Digital Bank Berhad. AEON Bank (M) Berhad telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memulakan operasi perbankan digital di Malaysia sejak Januari 2025 yang lalu.
1757336065756.png

Malah AEON Bank merupakan bank digital Islam pertama di Malaysia. KAF Digital Bank Berhad pula ialah 100% bank Islam digital Malaysia, konsortium yang dipimpin oleh KAF Investment Bank yang terdiri daripada Carsome, Jirnexu, MoneyMatch dan Storehub. Sementara 3 lagi bank digital yang ada di Malaysia ketika ini yang telah diiktiraf BNM iaitu Boost Bank Berhad, GX Bank Berhad dan YTL Digital Bank Berhad (Ryt Bank) belum lagi dilesenkan sebagai bank digital Islam. Jadi, jika anda orang Islam, pilihlah bank digital dengan lesen Bank Digital Islam. Elakkan perkara syubhah, pastikan halal.​
 
Back
Top
Log in Register