BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dari Mana Anak Najib Dapat Duit??

azhan70

Banned
Messages
2,199
Joined
Oct 27, 2011
Messages
2,199
Reaction score
88
Points
30
Nafizuddin+Najib+01.gif


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan dari mana anak perdana menteri memperoleh wang sebanyak RM1.69 juta untuk membeli saham sebuah syarikat pembalakan.

Menurut Shamsul, anak lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak itu bukan ahli perniagaan terkemuka, malah kemampuannya memiliki jutaan ringgit juga dipersoalkan dalam usia yang muda.

“Tentunya penglibatan anak Najib menimbulkan persoalan dan tandatanya. Mana mungkin seorang anak PM dalam usia yang masih muda mampu membeli saham jutaan ringgit kalau tidak kerana elemen penyalahgunaan kuasa Najib sebagai PM, dan juga elemen proksi serta kronisme yang diamalkan,” kata Shamsul.

Minggu lalu, Keadilan Daily melaporkan Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit dan memiliki 1.19 peratus kepentingan dalam Harvest Court Industries Bhd, .

Tindakan itu melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham selepas Nazifuddin dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, bersama rakan perniagaannya, Raymond Chan Boon Siew, 39.

Kedua-dua mereka dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Harvest, 28 Oktober lalu iaitu 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court dengan memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.

Semalam, saham syarikat itu dilapor kembali melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas .
tahun.

Harga saham syarikat berkenaan mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu, sebelum ditutup pada RM2.13.

Menurut Shamsul, berita penglibatan anak Najib dalam pembelian saham itu juga timbul selepas pendedahan mengenai projek lembu yang diberikan kepada keluarga menteri dengan dana RM250 juta.

“Ini adalah perkara yang memperkukuhkan lagi apa yang disebut Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pemimpin dan keluarga pemimpin.

“Ia merupakan satu keadaan yang membimbangkan, malah tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa perlakuan rasuah dan salahgunakuasa ini sudah tidak oleh diselamatkan lagi di bawah kerajaan Barisan Nasional,” tegas Shamsul.

Tambah beliau, laungan perdana menteri bahawa rakyat didahulukan juga adalah satu bentuk hipokrasi, di mana yang jelas diutamakan ialah kepetingan keluarganya dan bukan rakyat.

“Saya mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian dengan memulakan siasatan segera terhadap anak Najib terutamanya kemampuan beliau membeli saham jutaan ringgit,” kata Shamsul.

sumber
 
“Saya mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian dengan memulakan siasatan segera terhadap anak Najib terutamanya kemampuan beliau membeli saham jutaan ringgit,” kata Shamsul.

sprm ada telo ka? :D
 
tt miskin sbb pemalas sbb tu dengki dgn anak najib yg bkerja keras menabung sejak kecik sampai kaya duit bjuta...hehheehhehe


>jangan marah tt..gua gurau jer,,...teringat kata2 pihak yg lain nun.
 
PM selaku menteri kewangan... mmg out of control lah
 
think positive, mungkin amalan didikan menabung sedari kecil lagi oleh ibu bapanya.
 
tt miskin sbb pemalas sbb tu dengki dgn anak najib yg bkerja keras menabung sejak kecik sampai kaya duit bjuta...hehheehhehe


>jangan marah tt..gua gurau jer,,...teringat kata2 pihak yg lain nun.

ank pak jib masih kurang menabung jika berbanding dgn ank2 pemimpin negara2 lain..:D
 
aku rasa kat belakang rumah ada tanam berlian la...
 
ayah menteri kewangan...pakcik ada bank...so sgtla musykil jadinya....
 
Back
Top
Log in Register