BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dari bAnK nEgArA.

Skyvwalker

Active+ Member
Messages
2,841
Joined
Oct 21, 2008
Messages
2,841
Reaction score
71
Points
35
Langkah-langkah liberalisasi untuk membangunkan pasaran kewangan domestik

Sebagai sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat daya saing ekonomi dan membangunkan pasaran kewangan domestik, Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan langkah-langkah liberalisasi yang berikut, berkuat kuasa dari 31 Januari 2012:

Untuk terus merangsang pasaran pertukaran asing domestik melalui inovasi produk yang lebih tinggi, bank tempatan berlesen dibenarkan berdagang mata wang asing dengan mata wang asing lain dengan pemastautin.:)
Untuk memperdalam pasaran derivatif kadar faedah domestik, bank tempatan berlesen dibenarkan menawarkan derivatif kadar faedah dalam denominasi ringgit kepada bukan pemastautin bukan bank.
Bagi menambah baik pengurusan tanggungan aset pemastautin, fleksibiliti diberikan kepada pemastautin untuk menukar obligasi hutang ringgit atau mata wang asing sedia ada mereka kepada obligasi hutang mata wang asing yang lain.:D
Langkah-langkah yang digariskan di atas adalah seiring dengan teras am Pelan Sektor Kewangan dan akan menyumbang ke arah peningkatan tahap kecairan, keluasan dan penyertaan pelbagai peserta dalam pasaran kewangan domestik.:-?

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai langkah-langkah tersebut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di saluran hubungan seperti yang berikut:

Talian bebas tol : 1 300 88 5465 (BNMTELELINK)
Faksimile : 603 2174 1515
E-mel : [email protected]
Laman sesawang : http://www.bnm.gov.my/fxadmin

Lihat juga: Soalan-soalan Lazim



Bank Negara Malaysia
2012-01-30 17:00:00 2012-01-30 17:00:00

© Bank Negara Malaysia, 2012. All rights reserved.

sumber
 
mungkin diorng kelabu mata sebelum ni tgk bnyak wang mengalir keluar, dan masuk ke poket trader malaysia.
 
benda apa ni ..tak berapa faham..explain sat..kira bank2 local leh bg retail trader trade forex dah ka? hehe
 
ade yg withdraw puluh2 riban tu. mmg patut la diorang buat mcm ni... janji bank berlesen.. uwcbank ke. hehehe
 
trade USD/MYR r plak. kui3
 
benda apa ni ..tak berapa faham..explain sat..kira bank2 local leh bg retail trader trade forex dah ka? hehe

aku pun kurang paham gak la.. tapi nampak mcm ade perkembangan yg positif la dari industri kewangan ni.. kalau dpt sesape yg ade info2 yg lebih detail.. tepek2 la kt sini.
 
Aku dah baca gak news nih..tapi habuk 1 pun aku tak paham...ada sapa2 boleh eksplain ke?
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.16059
USD / JPY
159.950
GBP / USD
1.34226
USD / CHF
0.79111
USD / CAD
1.38939
EUR / JPY
185.604
AUD / USD
0.71361
Back
Top
Log in Register