BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darah O tapi diberi darah B

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke tubuhnya.

Kejadian itu berlaku 22 September lalu dan Faridah Abd Aziz, 34, yang juga pegawai bank kini terpaksa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas beberapa hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.


Suaminya, Ku Nazri Ku Yaakob, 34, mendakwa petugas hospital berkenaan memasukkan darah jenis B ke tubuh isterinya yang mempunyai darah jenis O dan kesilapan itu boleh mengundang maut.

“Ketika kejadian, isteri saya baru melahirkan anak ketiga kami secara pembedahan, jadi dia kekurangan darah dan memerlukan doktor memasukkan darah ke dalam tubuhnya,” katanya yang ditemui di Balai Berita di sini, semalam.


Ku Nazri berkata, isterinya terpaksa menjalani rawatan susulan dan terlantar sakit di HKL serta diberitahu akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi.


Katanya, kejadian itu memberi kesan emosi yang teruk terhadap mereka sekeluarga, malah anak ketiganya itu tidak dapat diberikan susu ibu.

“Saya mengambil cuti sejak 10 hari lalu untuk menjaga isteri di hospital dan membawa ibu berusia 74 tahun dari kampung di Jitra, Kedah, untuk menjaga bayi kami,” katanya.


Katanya, pihak pengurusan hospital sudah memanggilnya dan mengakui kesilapan mereka yang cuai terhadap pesakit, malah satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian terbabit.

Susulan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 23 September lalu dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Saya sudah memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini saya tidak dihubungi bagi mendapatkan penjelasan perkembangan semasa kes isteri saya,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit dan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DarahOtapidiberidarahB/Article/index_html
 
Last edited:
saman jgn x saman.. kecuaian mcm nih x sepatutnya berlaku..

saman jer biar pengajaran buat hospital2 lain..

time kejar payment kalah along, tapi servis sendiri mana hala pon x terjaga.. teruk betul
 
perghh...

serupa ke macam keter..

patut masuk petrol tapi termasuk diesel..
 
saman 200juta oooo...
 
bahaya ni..
kompilasi darah....
 
Hmm kesilapan mcmni mmg x bole brlaku
InsyaAllah keluarga mangsa akn dpt pampasan setimpal
 
peh..tak memasal je dapat komplikasi sebab kecuaian staff hospital tu :(
 
inilah yang ditakutkan bila bersalin kat hospital kerajaan...kerana seringkali berlaku kecuaian staff kat situ dan lagi satu banyak jururawat dan doktor telatih yang buat praktikal kat situ...kadang2 aku rasa pesakit2 kat situ dibuat bahan uji kaji mereka pulak.
 
darah o boleh derma kat sme org jenis darah len2

tapi bila nk terima hanya o sahaja.

cuai hospital ni.
 
Back
Top
Log in Register