BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darah Jarang Jumpa Perlu Pengurusan, Padanan Khusus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,192
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,192
Reaction score
346
Points
141

Darah Jarang Jumpa Perlu Pengurusan, Padanan Khusus​

875f6b52b9a45f14db1ad359a3794379640f447f6333a


Pengurusan darah jarang jumpa memerlukan pengenalpastian serta padanan yang tepat bagi memastikan pesakit yang memerlukan transfusi mendapat bekalan darah yang bersesuaian.

Pakar Perubatan Transfusi merangkap Ketua Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Dr Sarah Mat Noh berkata darah dikategorikan sebagai darah jarang jumpa apabila kadar kejadiannya kira-kira satu dalam 1,000 individu dalam sesuatu populasi.

Beliau berkata darah jarang jumpa tidak bermaksud seseorang itu mempunyai masalah kesihatan, sebaliknya merujuk kepada ciri tertentu pada antigen di permukaan sel darah merah yang jarang ditemui dalam sesuatu populasi.

"Darah jarang jumpa lebih sukar diperoleh apabila pesakit memerlukan transfusi kerana bilangan penderma yang mempunyai kumpulan darah sama adalah terhad, justeru daftar penderma dan pesakit diperlukan bagi memudahkan pencarian darah yang sepadan.

"Ciri antigen pada sel darah merah ditentukan secara genetik dan diwarisi daripada ibu atau bapa, menyebabkan sesuatu jenis darah boleh dianggap jarang dalam satu populasi tetapi lebih biasa dalam populasi lain,” katanya pada Program Kembara Kesihatan Bersama Media anjuran Kementerian Kesihatan baru-baru ini.

Dr Sarah berkata kumpulan darah ABO dan Rhesus (Rh) adalah antara yang paling biasa diketahui, manakala terdapat kira-kira 43 sistem kumpulan darah yang dikenal pasti di seluruh dunia.

Bagi darah jarang jumpa, sel darah merah penderma boleh dibekukan di Pusat Darah Negara dan disimpan sehingga 10 tahun untuk digunakan apabila diperlukan, sama ada oleh penderma berkenaan atau pesakit lain yang mempunyai kumpulan darah sama.

Di Perak, antara penderma yang dikenal pasti mempunyai darah jarang jumpa ialah Mohd Fazrey Erwan Mohd Rasidi, 35, yang mempunyai fenotip Opos, R1R1, KK, iaitu gabungan ciri antigen tertentu pada sel darah merah yang jarang ditemui.

 
Back
Top
Log in Register