BTC USD 84,230.7 Gold USD 4,130.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dapatkah anda terima ???

bdk kampung aku ade sorang keje kat pub ..bartender lah tu..
aku tanye dia , dah tau keje tu haram ...apsal ko keje kat situ..

jawapannya yg aku dah agak ... masyukkkk!!!

dan aku balas , dosa ko buat keje haram tu lagi masyukkkk..

dia gelak2 je ..

hampeh punye kawan.

kawan aku sorang lebih kurang macam tu...tapi rasanya lagi hampeh...dia kata dan memang aku tengok tiap malam dia buat solat taubat tapi esok gi kerja lagi...~X(~X(~X(
 
Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak:

1) yang memerasnya (memerahnya)

2) yang minta diperaskannya

3) yang meminum

4) yang membawa

5) yang minta dihantari

6) yang menuangkannya

7) yang menjual

8) yang makan harganya

9) yang membeli

10) yang meminta dibeli.”

Jelas, apa sahaja perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Tapi mengapa kini ramai yang masih mahu ‘bertarik tali’ dengan hukum pengharaman arak?:-?:-?:-?

Yang undi kerajaan yang meluluskan pengeluaran dan pembinaan kilang dan penjualan dapat dosa tak? Sebab ada alternatif parti yang kata kalau parti tersebut berkuasa penuh parti itu akan haramkan tetapi masih tak diundi?
 
arak haram diminum..
bukan stakat minum je, jual, tolong hidang, tolong bukak botol, tolong ambik, tolong bawak,... sumenye haram.

pesan kat kwn sedara, matlamat x mengalalkan cara.

maksudnya, even kita just nak cari rezeki halal, tapi itu x bermakna kita boleh tolong org lain buat benda haram.

Kalau tak silap ada hadis melarang bertedung dibumbung rumah sipeminum arak...:-?

pinjamkan gelas sedangkan kita tau akan digunakan untuk minum arak pun dah dapat dosa subahat...

pernah baca kat mana tah kalau kita tau mayat tu minum arak dalam masa 40 hari sebelum dia mati diharamkan juga dimandikan, dikafan dan disembahyangkan..:o

maaf kalau salah tang mana mana...sila tegur....
 
bab nie aku prefer kerajaan brunei..wpun rakyat ada gak berbilang bangsa tetapi arak tetap haram dan hanya hotel2 tertentu sahaja dan tidak semua. bab bar tender plak mmg pekerja non-muslim handle kalau ada report bg tau pekerja muslim bhgn bar tender mmg majikan kena..

kat Malaysia lagi hebat...ada ustazah siap kata kalau dah darurat tak ada kerja boleh melacur...:mad:
 
Kalau 7E tu mcm mana plak ek? Ada arak. Pastu bleh kata semua pekerja bumi
 
kerja 7-11 jual bir tu cemana?
haram gak kan??
ramai melayu ooo kerja sana
 
hal ni sepatutnya jabatan mufti perlu campur tangan.. tp nak buat mcamana, mufti pun keje bwh kerajaan yg meluluskan lesen arak dan kasino. x dapek den nolong eh..
 
nak dakwah kat kawan,dakwah sampai dia buat u-turn dari dosa.kalau dia takmau gak,lupe kan la.tak guna ade kawan macam tu.silap hari,kau terjebak
 
Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak:

1) yang memerasnya (memerahnya)

2) yang minta diperaskannya

3) yang meminum

4) yang membawa

5) yang minta dihantari

6) yang menuangkannya

7) yang menjual

8) yang makan harganya

9) yang membeli

10) yang meminta dibeli.”

Jelas, apa sahaja perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Tapi mengapa kini ramai yang masih mahu ‘bertarik tali’ dengan hukum pengharaman arak?:-?:-?:-?

Bagi peminat LiverFOOL pulak...sorry ar..terpaksa gak kata...Ulama dah sepakat...membawa..turut bermaksud membawa perkhabaran...dan...membawa perkhabaran yang dimaksudkan sama sahaja dengan yang mengiklankan@mempromosikanSo, bila korang pakai baju yang tertulis jenama Arak tu...korang termasuk dalam golongan ke-4
 
Back
Top
Log in Register