BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dapat gaji terus samun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
AMPANG: Seorang pemotong rumput kempunan apabila gaji yang baru diperoleh disamun tiga lelaki ketika dia sedang memotong rumput di Taman TAR di sini, menyebabkannya kerugian RM900, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 24 tahun didatangi tiga lelaki tidak dikenali sebelum mereka terus memukulnya dengan kayu dan topi keledar.


Menurut sumber, mangsa terkejut dengan serangan itu cuba melarikan diri namun tidak berjaya.

“Kejadian itu tidak disedari penduduk di taman berkenaan kerana kebanyakan mereka keluar bekerja menyebabkan penjenayah terbabit berani menyamun mangsa yang berseorangan menjalankan kerja di tepi jalan.


“Mangsa pada mulanya cuba menepis pukulan suspek tetapi terpaksa mengalah sebelum dia terjatuh selepas gagal menahan serangan bertubi-tubi lelaki terbabit,” katanya.


Sumber berkata, suspek yang melihat mangsa terjatuh kemudian terus mengambil kesempatan mengambil wang tunai yang ada di dalam poket seluar mangsa.

“Selepas berjaya mengambil wang tunai sebanyak RM900, mangsa yang melihat suspek leka mengira jumlah wang itu mengambil kesempatan melarikan diri.


“Bagaimanapun, suspek tidak mengejar mangsa kerana sudah memperoleh apa yang diingini mereka,” katanya. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Ampang selepas mengalami kecederaan di badan, kepala dan tangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dapatgajiterussamun/Article/index_html
 
kesiann.... tak sempat nk bank-in kot.
abis gaji kena sebat, nak makan apa bulan ni?....
celaka tul punya penyamun. camne dia tau mamat tu dpt gaji ?????

bos pon mengong, apsal tak masuk akaun je terus????
 
kecian yer........nk mkn pe slme sbln...aiyo....

org skunk ni nk koje mudah je...xda wit g nyamun....mengong
 
libas jer dgn pemotong rumput tuerr..bagi botak cket..
 
Sepatutnya perompak penyamun perogol penjenayah dapat tangkap hukum bunuh je. Hidup menyusahkan orang lain je. Penjara pun nak membazir duit negara je!
 
penyamun, penyangat,perogol,peragut,perompak di m`sia..masih kurang ganas berbanding dgn dgn negara jiran....kihkihkihkihkih...
 
libas je kepale penyamon 2 pkai mesin rumput..
baru ade akal..
 
Back
Top
Log in Register