BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dapat bonus RM1,000 seorang

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
BAYAN BARU - Kira-kira 200 pekerja sokongan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mendapat durian runtuh RM1,000 seorang sebagai insentif akhir tahun daripada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi PDC, Lim Guan Eng berkata, insentif itu akan diagihkan kepada semua kakitangan PDC yang gred 44 ke bawah sahaja, manakala ganjaran lain akan ditentukan oleh Pengarah Urusan PDC, Datuk Rosli Jaafar untuk diberikan kepada kira-kira 100 kakitangan di peringkat pengurusan.

Menurutnya, pemberian insentif itu diluluskan Kerajaan Negeri sebagai suntikan tambahan kepada kira-kira 300 kakitangan PDC bagi memastikan mereka berusaha lebih gigih pada tahun hadapan untuk membantu memastikan Pulau Pinang mencapai objektif menjadi bandar raya bertaraf antarabangsa.

“Kita beri insentif ini sebagai penghargaan terhadap mereka meskipun PDC mengalami kerugian tahun lalu akibat keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu,”katanya dalam ucapan pada Majlis Perayaan Hari Natal dan Sambutan Tahun Baru PDC di sini, semalam.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri meluluskan tambahan peruntukan bantuan khas RM250 diterima kepada lebih 3,000 kakitangan Kerajaan Negeri selepas pemberian awal RM500, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan untuk mereka RM750.

Menurutnya, pemberian itu adalah melebihi bantuan khas oleh Kerajaan Pusat kepada kakitangannya.
 
lepas dah duit baju sekolah anak
 
Back
Top
Log in Register