BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP tetap mahu jawatan timbalan speaker

Kenit

Active+ Member
Messages
4,431
Joined
Aug 15, 2014
Messages
4,431
Reaction score
54
Points
30
DAP tetap mahu jawatan timbalan speaker

4:13PM Nov 30, 2014

DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan apabila jawatan tersebut dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN baru-baru ini.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyatakan hasrat parti itu dalam konvensyen DAP Selangor pagi ini.

"Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik .

"Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah," ujar Pua dalam ucapannya dalam konvensyen itu hari ini .

DAP mencalonkan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk jawatan itu minggu lalu, namun wakil rakyat itu tewas dalam undi rahsia yang dijalankan.

Pua hari ini berkata Ng kekal sebagai pilihan parti itu untuk jawatan timbalan speaker tambahan.

Seorang lagi wakil rakyatnya, Hannah Yeoh kini memegang jawatan speaker Selangor.

Pua berkata DAP sentiasa setia kepada perjuangan Pakatan walaupun semasa krisis Menteri Besar Selangor (MB).

Katanya lagi, walau dengan perjanjian sebelum ini, PKR meraih satu lagi kerusi exco.

"DAP merasakan bahawa permintaan kami adalah adil dan tidak keterlaluan," katanya .

"DAP minta Menteri Besar, Azmin Ali adil kepada DAP," katanya .
 
so,
berapa dBm speaker volume dap nak tune kali ni :)):))
 
kalu dilayan, makin gemok la DAP ni..
 
azmin x payah layan la harapnya



/
 
Kelemahan ketare dalam PR pade mase kini
Makin susah nak nampak perpaduan dan kate sepakat
Makin ketare sifat berebut tebut
Amat payah nak selesaikan dengan care baik
Dikhuatiri, tak mustahil PR berakhir macam BA pade mase dahulu
 
inilah wajah sebenar DAP...........

itupun masih ramai yg dok bela DAP...

KAH KAH KAH...

MASA PENGUNDIAN TIMBALAN SPEAKER ITU HARI, DAP TAK UNDI LANGSUNG CALON PAS TU.... PAS TAK FAHAM LAGI KA???

DAP TAK PERLUKAN PAS........
 
jawatan takde nak diwujudkan..sebab tamak kuasa...lepas dapat jawatan timbalan...mungkin sesuatu akan dibuat agar Speaker dipecat atas alasan tertentu dan Timbalan Speaker automatik naik jawatan...

biasa ni permainan DAP...
 
tak paham aku PR ni.....

BN tgh tak kuat..diorang pn lemau gak.

sama2 kong
 
Back
Top
Log in Register