BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP mahu membatalkan pasar ramadhan

R-Type

Banned
Messages
1,298
Joined
Apr 21, 2013
Messages
1,298
Reaction score
29
Points
30
DAP Cauvanis mahu Bazaar Ramadhan ditutup
Khamis, Jun 27, 2013 |

attachment.php


Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. -Antarapos

attachment.php

http://www.youtube.com/watch?v=Zz1gJbSV5r0



X kisah apa sekalipun...

Hope jangan salah faham.. Jonker walk bukan di tutup..malah masih di buka..cumaa Jalan-jalan utama yang diorang block selama ni semata2 nak kasik laluan kepada orang nak masuk jonker street..

jalan2 utama pada Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam mmg ditutup selama ini..Tu yang menyebabkan jalan kat Melaka tu yang jem..Kedai bukak macam biasa bukan tutup periuk nasi cina ke apa..yang ada backup lebih2 ni xpaham betul..

X perlu nak tutup ugut nak tutup pasar ramadahan bagai, Jonker walk di buka elok ja cuma jalan di buka untuk elakkan jem..



Bukan nak sebelah mana2 pihak.Tp dari pengalaman sendiri,ke Melaka utk kenduri kahwin member.Takla sampai 4 jam jem.

Ada dekat 3 jam jgk la stuck kat area Jonkerwalk tu.Daripada nak mkn kenduri,jadi dinner plak.Trus ja ckp kat

dia,tobat aku tak datang Melaka dah.Tp,mmg lepas dari tu mmg dah tak pernah ke Melaka sampai skarang. :p

Kalau tak tutup sekali pun takpe.Tp,kena ada mekanisme la utk krg kan jem.Kalau tak,rasanya,krg adil kot kepada

peniaga2 lain bila pelancong/pembeli tak blh ke tempat2 perniagaan lain just because diaorg stuck kat Jonkerwalk.
Tu blm kira lagi yg dah malas ke Melaka sbb jem kat sini.Tak fair jgk kpd org yg tak plan pun nak ke Jonkerwalk,
tp,still waste time and petrol sbb jem kat Jonkerwalk.Kalau nak disamakan dgn pasar tani,pasar mlm or pasar

Ramadhan,rasanya that statement is a bit emotional and childish,sbbnya pasar2 tu semua ada tempat khas dan
tak dibuat di tgh2 bandar.Even marketplace yg dibuat di tgh2 bandar pun mcm Petaling Street dan Jalan Pasar
di KL,rasanya taklah menyebabkan kesesakan yg amat teruk berbanding dgn Jonkerwalk.As a government,
rasanya it is best to think about all people,rather than to think about certain quarters and race,right?

Just my opinion...:)


kepada sesiapa yg suka spin2 ayat aku tu, aku bagi keterangan apa yg aku maksudkan sebenarnya.

aku maksudkan Pasar ramadhan ni ada kaitan dengan ibadah puasa, kerana pasar ramadhan ni tempat orang yg berpuasa membeli juadah untuk berbuka puasa, jadi kalau tutp pasar ramdhan, marahlah orang2 Islam macam aku, sebab tu aku kata, pasar ramadhan ni terkait dengan ibadah puasa orang islam, ibadah puasa ni rukun islam, bukannya aku kata pasar ramadhan tu adalah salah satu dari rukun islam, faham?
 

Attachments

Last edited:
jem sampai 4 jam nak ke bandar salahkan jonkerwalk.
 
"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung."


Tapi kat tajuk cuma highlight DAP mahu menutup pasar ramadhan. Pasar malam dan pasar tani terus hilang.
 
Last edited:
DAP Cauvanis mahu Bazaar Ramadhan ditutup
Khamis, Jun 27, 2013 |

attachment.php


Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. -Antarapos

http://www.youtube.com/watch?v=Zz1gJbSV5r0



Nota tt : kepada cincai dap, inilah bezanya antara DAP dan MCA
DAP diangkat oleh PAS dan Pakatan dalam PR.
MCA mengangkat Umno dalam BN

setuju , kalau pasar cina menyebabkan kesesakan lalu lintas perlu ditutup , jadi pasar Ramadan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas perlu ditutup juga . adil !! malaysia boleh !
 
"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung."


Tapi kat tajuk cuma highlight DAP mahu menutup pasar ramadhan. Pasar malam dan pasar tani terus hilang.

kau tgk sendiri lah video yg aku bagi tu, tak perlu nak backup sangatlah DAP ni.

Puih.
 
"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung."


Tapi kat tajuk cuma highlight DAP mahu menutup pasar ramadhan. Pasar malam dan pasar tani terus hilang.

tu la.... hairan jugak ...... :-?:-?:-?
 
setuju , kalau pasar cina menyebabkan kesesakan lalu lintas perlu ditutup , jadi pasar Ramadan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas perlu ditutup juga . adil !! malaysia boleh !

pasar ramadhan tu sekejap saja maa, jonker walk sepanjang tahun,
pasar ramadhan ada tempat2 yg disediakan, bukan di tengah2 bandar mcm jonker walk.
 
Back
Top
Log in Register