BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"DAP boleh keluar Pakatan, jangan desak PAS"

Dzoolhelmi™

Legendary Member
gem
Messages
10,486
Paid Membership
Joined
Dec 8, 2008
Messages
10,486
Reaction score
164
Points
133
d7de9ab15266e1a827a2c45e3a9ecb6a.jpg

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.

Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mohd Amar hadir selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu kerana keuzuran.

Bekas menteri besar Kelantan itu menyifatkan tindakan mempersoalkan ketidakhadiran presiden PAS itu sebagai "kerja orang *****".

Malah, Hadi sebelum itu turut mempertahankan tindakannya dan terpulang kepada beliau untuk hadir atau tidak perlu diminta hadir ke mesyuarat berkenaan.

SOS : MK
 
dap sila keluar dari malaysia :">
 
KENAPA HJ HADI HARUS BERUNDUR.?

Khalid Al Walid di lucutkan jawatan Panglima Perang oleh Saidina Umar Al Khattab bukan kerana beliau melakukan dosa besar tetapi kerana beberapa maslahah yang perlu di tandatangani oleh khalifah..

Begitu juga dengan keperluan menukar Hj Hadi dari Jawatan Presiden PAS. Sejujurnya beliau sudah tidak mampu lagi untuk menggalas tanggungjawab, amanah serta cabaran memimpin Jamaah Islam. Kesalahan dan kegagalan beliau amat jelas sekali:

1. 20 bulan gagal hadir Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

2. Selalu tinggalkan persidangan Parlimen.

3. Dalam tempoh 9 bulan telah 13 kali keluar Negara.

4. Berlaku krisis pepecahan dalaman Parti yang amat serius serta gagal di tandatangani oleh beliau.

5. Hubungan PR yang mulai retak kerana sikap dingin dan kenyataan beliau.

6. Masih lagi di belenggu cubaan membentuk Kerajaan Campuran Pas-Umno di Selangor .

7. Mempergunakan Majlis Syura Ulama untuk menyokong tindak tanduk beliau.

8. Menggunakan kuasa Presiden untuk pemberian watikah pelantikan calon sehingga berlaku pertindihan kerusi ketika PRU 13.

9. Membuat pertuduhan “Pil Kuda” tanpa bukti yang jelas kepada rakan calon sehingga mengaibkan dan memalukan keluarga dan rakan calon itu sendiri.

10. Membuat pusingan(U TURN) keatas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemimpin Pas Pusat kerana telah menyatakan keputusan yang lain ketika isu Kerajaan Selangor.

11. Gagal menyelia tadbir Kerajaan Pas Terengganu dan Kedah sehingga tumbang dan kembali di rampas oleh UMNO-BN.

12. Faktor kesihatan yang tidak lagi memungkinkan beliau bergerak aktif di arena politik Malaysia.

Sepatutnya beliau sudah cukup sedar akan kemampuan yang sudah tidak menyebelahi beliau. Seharusnya beliau mengambil keputusan untuk memberikan laluan kepada yang lebih berkemampuan untuk mengambil alih sebelum nasib yang sama seperti Datuk Asri(Bekas Yang di Pertua Pas) kembali menimpa beliau.
 
pas perasan bagus.tidak sedar dia jadi liabiliti kepada pr.
kalau dap & pkr buat pakatan sendiri mesti undi pembangkang akan dapat lebih lagi.
 
Macai DAP punya analisa...:mad:
 
xder pas, bungkus lah pakatan.......

Kah kah kah...............
 
elok PAS keluar dari PR

PAS sekarang ni hanya menjadi tukang kempen kepada DAP masa ada pilihan raya :)
 
Back
Top
Log in Register