Waspada akan kuasa sebenar egold anda - egold adalah wang, dan wang boleh dikumpulkan untuk melakukan aktiviti bermacam ragam.
Ibupejabat Egold Inc. disiasat rapi oleh FBI, CIA dan pelbagai agensi perisikan negara dunia pertama kerana egold 'dipercayai' telah digunakan untuk gerakan subversive, terrorism, money-laundering dan digunakan untuk menyimpan wang dari hasil pelacuran dan perniagaan dadah sedunia.
Seluruh 'dunia pertama' berganding bahu untuk cuba mendapatkan maklumat aliran pergerakkan egold dan tindakan ini telah mengganggu operasi Egold Inc. yang terpaksa TUTUP SEBENTAR untuk print-out seluruh transaksi egold untuk siasatan agensi perisikan pelbagai negara. Bila ini berlaku, banyak HYIP dan HYGP tidak dapat membuat bayaran kepada pelabur dan pelabur MENJERIT konon dah kena scam! Berhempas pulas HYIP ADMIN beri kenyataan 'Egold Site DOWN - payout on hold!'
Sedarlah kita bahawa, jika mereka mahu, Egold Inc. BOLEH DITUTUP dengan serta merta - seperti membekukan akaun kewangan Korea Utara dan Libya. Jika ini berlaku, habislah egold kita, hancurlah niaga forex kita, dan kerana ini maka DO NOT SPEND WHAT YOU CANNOT AFFORD TO LOSE! Inilah satu ungkapan yang sangat berat untuk diterima oleh setiap pelabur, tapi, apakan daya, ini 'ijab' yang disuratkan, jika kita melabur juga, maka kita telah 'qabul' akan kehendaknya, dan seterusnya 'redha' akan kebarangkalian dihari muka, iaitu - redha sekiranya SEGALA GALANYA TUTUP dan egold kita akan jadi beku seperti ais di benua kutub selatan Antartica - sebab ais di benua Artic telah cair kerana fenomena global warming!