BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dana Bumiputera Al-Ansar dilancar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

NAJIB TUN RAZAK menyampaikan Dana Bumiputera Al-Ansar kepada Pengusaha Stesyen Minyak Petronas NKVE, Mohammad Fuad Abdul Samad dalam majlis Pelancaran Dana Bumiputera Al-Ansar Lembaga Tabung Haji di bilik taklimat Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Jamil Khir Baharom (kiri), Abdul Azeez Abdul Rahim (tiga dari kanan) dan Ismee Ismail (kanan). utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN​

KUALA LUMPUR 2 April - Langkah pemerkasaan bumiputera yang menjadi agenda nasional kerajaan terus dibuktikan melalui pelan tindakan apabila sebuah lagi dana khas, iaitu Dana Bumiputera Al-Ansar dengan jumlah RM200 juta dilancarkan.

Dana tersebut yang merupakan inisiatif Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Bank Islam menawarkan kemudahan pembiayaan kredit antara RM50,000 hingga RM1 juta untuk tempoh pembiayaan maksimum lima tahun kepada usahawan bumiputera.

Antara kemudahan kredit yang ditawarkan ialah pembiayaan berkala, dagangan, kontrak, modal kerja dan perbelanjaan modal membabitkan 11 sektor ekonomi berdaya saing seperti makanan halal, pembinaan, pendidikan, pertanian serta minyak dan gas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gembira dengan inisaitif diambil Lembaga Tabung Haji itu berkata, Dana Bumiputera Al-Ansar merupakan dana patuh syariah pertama di negara ini yang mendapat kelulusan daripada Bank Negara.

“Sebagaimana saya ikrarkan sebelum ini bahawa agenda pemerkasaan bumiputera adalah agenda nasional, ini sebahagian daripada program dan pelan tindakan yang kita ambil untuk memastikan agenda memperkasa ekonomi bumiputera menjadi kenyataan.

“Saya percaya dengan adanya dana sebegini akan membantu usahawan bumiputera bukan sahaja untuk memulakan perniagaan tetapi mengembangkan lagi sehingga menjadi pemain antarabangsa,” katanya semasa berucap merasmikan dana itu di bangunan Parlimen hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pengawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani.

Sempena majlis itu, Najib turut menyerahkan kontrak pembiayaan kepada 11 syarikat bumiputera pertama yang mendapat pembiayaan kredit Dana Bumiputera Al-Ansar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menggesa usahawan bumiputera menggunakan peluang pembiayaan yang ditawar untuk keluar daripada kepompong mikro enterprise, sebaliknya perlu memberanikan diri sekurang-kurangnya menjadi perusahaan kecil dan sederhana.

Beliau juga menyeru agar lebih banyak syarikat milik kerajaan (GLC) mengikut jejak langkah Tabung Haji dalam membantu kerajaan memperkasakan ekonomi bumiputera dengan menawarkan dana khusus.

“Langkah begini mampu memberi impak yang besar kepada agenda memperkasa ekonomi bumiputera dan saya berharap lebih banyak GLC dapat mengambil pendekatan serupa,” katanya.
 
Td 230 ptg meeting di putrajaya tentang dana ni..apa lg melayu mau.hehe
 
Td 230 ptg meeting di putrajaya tentang dana ni..apa lg melayu mau.hehe

tu lah tadi tak sempat join:((:((:((...katenye kat menara usahawan....nak tau jugak camner...business dah 5 tahun ni...boleh tambah dana beli mesin lagi pun bagus ni...faedah 4.5% jer.rendah tu berbanding R.O.I...saper ada maklumat mintak kongsikan yer...sapa yg pegi tadi pun leh share maklumat...tq
 
Back
Top
Log in Register