BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dalang pecah-belah perpaduan

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Dalang pecah-belah perpaduan


PUTRAJAYA: “Mereka (Pas) yang memulakan (jurang ideologi politik) dulu. Mereka solat dua imam dalam satu masjid, kalau orang Umno sembelih ayam, mereka tidak makan... begitu juga upacara akad nikah... jadi mereka yang memulakannya,” tegas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, tindakan Pas menuduh Umno sedemikian umpama menuding jari ke muka sendiri kerana pendirian itu tidak pernah diamalkan mana-mana ahli Umno sebelum ini.


“Mereka (pembangkang) lupa, mereka tunjuk satu jari pada orang lain, empat lagi jari menuding ke arah mereka.

“Kita boleh lihat sendiri mereka yang memulakan jurang ideologi politik dalam pelbagai perkara,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Karnival Sepakat Komuniti 1 Malaysia dan Kenduri Rakyat Local Agenda 21 (LA 21) di Presint 9, di sini, semalam.


Beliau diminta mengulas kenyataan Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai Umno yang dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.


Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang antara Umno dengan Pas.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menganggap pembangkang sebagai dalang atau ‘tukang kipas’ untuk memecah-belahkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini dengan menaburkan pelbagai fitnah memburukkan satu kaum di kalangan kaum lain.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dalangpecah-belahperpaduan/Article/artikelMA
 
Sama, masing2 gila kuasa..beza zmn pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W..kita sebenarnya berada pd zmn akhir iaitu zmn penuh dgn dusta.
 
MCm mna nak bersama, sedangkn pihak UMnok amalkan ISLAM sekular...
Sedangkan PAS nak amalkan ISLAM secara keseluruhan...

Ada perbezaan disitu...
Ini melibatkan akidah & ketakwaan sebenar pd ALLAH...
Tiada kompromi... Mgkin Puak umnok pham ISLAM tu separuh2 jer..
 
Fitnah sembahyang 2 imam tu sendiri membuktikan UMNO yang nak pecah-belahkan masyarakat.
 
yang berpecah belah tu dok asek sebuk berpolitik je kejenye...
 
sudahlah umno
tak payah nak menegakkan benang yg basah

klo benar umno parti islam yg memperjuangkan syariat islam
tegakkan undang2 hudud di malaysia ni

jgn nak banyak songeh..
 
Back
Top
Log in Register