BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwah Iman Yakin

En Am 3

Fun Poster
Messages
556
Joined
Mar 29, 2017
Messages
556
Reaction score
26
Points
15
Assalamualaikum w.b.t.,,
Tuan² yg mulia,,
Ulama kerap berpesan supaya perbanyakkan percakapan menafikan makhluk dan percakapan tentang kebesaran Allah supaya iman yakin terbina dalam diri,,
Iman ibarat akar tunjang kepada pokok,, semakin dalam akarnya menunjang ke dalam tanah,, semakin tinggi pucuknya menjulang ke langit,,
Pokok kalau kita nak perbaiki buahnya,, atau batangnya,, atau daunnya,, atau bunganya,, kita perlu usaha atas akarnya,, bagi baja dan air ke akarnya in shaa Allah buahnya,, batangnya,, daunnya dan bunganya akan terbaiki,, begitu juga agama dalam diri,, untuk perbaiki agama yg terdiri dari imaniah,, maumalah,, muasyarah,, ibadah,, dan akhlak,, usaha atas iman,, in shaa Allah cabang² agama yg lain akan turut terbaiki,, Rasulullah s.a.w. di lantik menjadi rasul dikalangan masyarakat jahiliyah yg terkenal dengan kerosakan akhlaknya,, tetapi Baginda s.a.w. tak terus perbaiki akhlak mereka tetapi Baginda s.a.w. usaha atas iman mereka, apabila iman mereka terbina maka akhlak mereka turut terbaiki,,
Ini sekadar bagi menyatakan kepentingan percakapan iman,, hari² perlu cakap kebesaran Allah agar iman yakin terbina dalam diri,, siapa yg ingin membina imannya,, dialah yang kena cakap,, manfaatnya bagi orang yg mendakwahkan,, sebagaimana membaling bola ke dinding,, bola akan kembali kepada yang melontarkannya,,
Saya membuka thread ini kepada semua,, bukan buka untuk mengkritik kerana perkara iman bukan perkara khilafiah,, tetapi thread ini dibuka kepada sesiapa yang ingin mengamalkan dakwah iman yakin,, cakap kebesaran Allah,, sesiapa yang bermalu malu di dunia kerana Allah,, Allah akan malu untuk hisab dia di hari kiamat,, sekiranya tak ada sesiapa yang sedia tak apalah,, biarlah saya sahaja yg mengamalkannya disini,, perlu juga difahami bahawa tertib sebenar dakwah ialah jumpa face to face cakap dari hati ke hati,, anggaplah percakapan disini sebagai latihan kepada tertib sebenar,,
Semoga Allah terima saya dan tuan² dalam usaha agama yang mulia ini,, aamiin,,
 
Last edited:
Allah s.w.t. ialah tuhan sekalian alam,, Yang Maha Kekal,, Dialah Awal,, awalnya tiada permulaan,, dan Dialah Akhir,, akhirnya tiada pengakhiran,,
Dialah Allah satu²nya tuhan yang berhak disembah,, tiada tuhan lain selain Dia,, tiada sesuatu yang seumpamaNya,, tiada sesuatu yang sebandingNya,, tiada sekutu bagiNya,, tiada yang setaraf denganNya,,
Allah s.w.t.,, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan,, Allah tidak memiliki pasangan,, Dia tidak beristeri dan tidak diperisterikan,, Dialah Allah s.w.t. Zat Yang Maha Esa,, tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia,, la ilaha illallah,,
 
Back
Top
Log in Register