BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan KDN Beri Kewarganegaraan Kepada Warga Asing Tidak Benar - Saifuddin Nasution

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Dakwaan KDN Beri Kewarganegaraan Kepada Warga Asing Tidak Benar - Saifuddin Nasution​

49638bdc0ba4e30289325f385b8f633a6a850bbb897b2

Kredit: Fb Saifuddin Nasution Ismail

Dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing, dan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah menafikan dakwaan berkenaan berkali-kali, namun masih ada pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif berkenaan perkara itu.

“Saya telah menafikan dakwaan ini berkali-kali sebelum ini. Malah, saya sendiri telah memberikan penjelasan berdasarkan fakta dan data rasmi.

“Namun, masih ada pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif yang telah diperbetul semata-mata untuk mengelirukan rakyat serta meniup sentimen perkauman dan kebencian,” katanya dalam hantaran di laman sosial hari ini.

Saifuddin Nasution berkata dakwaan berkenaan telah dijelaskan secara rasmi, dan fakta mengenainya boleh dirujuk melalui kenyataan serta laporan media sebelum ini.

“Penyebaran fitnah seperti ini bukan sekadar mencemarkan nama individu atau institusi. Lebih membimbangkan, ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara, mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan keselamatan negara,” katanya.

Beliau mengingatkan semua pihak supaya menghentikan penyebaran fitnah dan tidak memperalatkan isu-isu sensitif demi kepentingan politik atau meraih perhatian menerusi media sosial.

“Saya juga menyeru agar rakyat  menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

“Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab. Fakta tetap fakta. Data tetap data. Jangan biarkan fitnah mengatasi kebenaran,” katanya.

 
dulu puak sial nie jugak tuduh 40k bangladesh masuk mengundi sampai org yg mix india+cina ditangkap dan dimaki hamun

rupenye buat narrative utk menambah kebencian pd umno
 
418591-418591.jpg

14296893298814093-418592.jpg

14296893298814093-418593.jpg


FITNAH DAHSYAT YANG DIULANG!

Saya telah menafikan dakwaan ini berkali-kali sebelum ini. Malah, sendiri telah memberikan penjelasan berdasarkan fakta dan data rasmi. Namun, masih ada pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif yang telah diperbetulkan semata-mata untuk mengelirukan rakyat serta meniup sentimen perkauman dan kebencian.

Pautan kepada video penerangan saya adalah seperti di bawah:

Facebook:

Tiktok:

Dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri "memberikan kewarganegaraan secara borong" kepada warga asing atau dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar. Perkara ini telah dijelaskan secara rasmi dan fakta mengenainya boleh dirujuk melalui kenyataan saya sendiri serta laporan media.

Penyebaran fitnah seperti ini bukan sekadar mencemarkan nama individu atau institusi. Lebih membimbangkan, ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara, mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan keselamatan negara.

Saya mengingatkan semua pihak agar menghentikan penyebaran fitnah dan tidak memperalatkan isu-isu sensitif demi kepentingan politik atau meraih perhatian di media sosial. Saya juga menyeru agar rakyat menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab.

Fakta tetap fakta. Data tetap data. Jangan biarkan fitnah mengatasi kebenaran.

#MalaysiaMadani
#YakinMadani
#KementerianDalamNegeri
#SaifNasution
 
Back
Top
Log in Register