BTC USD 84,630.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Daily Diary

Blue Rabbit

Freshie
Messages
14
Joined
Sep 14, 2012
Messages
14
Reaction score
0
Points
3
hari ni aku blur dan stress skit.. keje bertimbun disebabkan tiga orang ofismates blum balik lagi dari bercuti.. minggu depan mungkin akan ok.. dua hari lepas aku ada berselisih faham dgn someone.. dah settle.. tadi aku sms dia.. nak settlekan dan clearkan semua perasaan yg ada malam ni.. tak nak kusut2 lagi.. aku pun tak pasti apa status relationship kita orang yg sebenar.. janji sebagai kawan tapi mesra.. susah jugak dgn status camni.. bekas kekasih jadik kawan tapi mesra.. aku ada baca satu quote.. no one can be friend after being lovers but if they are friends again after being lovers, they are the best friend in the world.. yg aku pasti.. susah nak jadik sorang kekasih kepada sorang sahabat.. melainkan dah tak ada perasaan cemburu antara satu sama lain.. aku nak kita orang putus hubungan buat sementara waktu sebagai kawan tapi mesra.. sampai dua2 dah ada kekasih lain.. pasti kita orang akan menjadi sahabat yang baik pas tu.. entah bila la tu.:p
 
semasa aku drive pegi keje tadi.. terdengar satu lagu diradio.. wake me up when september ends.. dari grop green day.. mungkin dj beritau yg musim panas atau summer dah dipenghujung.. cuaca pun dah kurang panas lagi.. tak sabar untuk meninggalkan summer dan menunggu ketibaan musim sejuk.. summer tahun ni tak menceriakan aku.. summer tanpa cinta tapi penuh kerinduan.. musim panas yg penuh dengan kesepian dan jiwa sedikit kacau.. dan aku dah tak sabar untuk pegi bercuti semasa aidil adha nanti.. tiga hari tak cukup untuk aku pergi jauh.. mungkin hanya kenegara berdekatan.. aku nak berihat sambil mencari ketenangan.. pagi tadi bila bukak frigde aku terlihat sebungkus tempoyak.. pemberian sorang sahabat yg baru pulang dari bercuti.. weekend ni aku akan masak ikan masak lemak tempoyak.. carik resepi diinternet.. santan dan halia tak jadik masaalah.. ada satu supermarket yg menjual barang mentah dari thailand.. tgh pikir apa ikan yg patut dimasak.. kalau boleh aku nak masak ikan duyung.. dalam kelambu.
 
balik la..kat sini ada byk peluang keje dan dah ada legoland.. tu lah kata2 si Z sepupu aku.. rindu sgt dengan aku katanya.. sempat jugak dia membebel masa call tadi.. bebel sebab aku dah lama tak balik kampong.. bertahun tahun.. aku dgn Z memang rapat.. walaupun sepupu, kita orang pernah bercinta.. tak ada jodoh dan dia berkawin dgn orang lain.. sekarang dia dah jadik single mum.. anak dua.. suami dia meninggal dalam satu accident.. mungkin dia tak sabar nak berjumpa dgn aku.. nak mintak maaf sebab tinggalkan aku dan saling membenci dulu.. aku bawak diri dan terus merantau hingga sekarang.. sekarang aku dah terima hakikat.. jodoh dan pertemuan ditangan tuhan.. walau kita bercinta bagai nak giler.. kalau tak dapat memiliki atau tak jadik hak kita.. kita terpaksa redha.. kita orang dah berbaik semula.. tetap bersepupu dan jadik sahabat baik walau pun tanpa ada rasa cinta.. hari ni aku banyak terkenangkan kenangan manis dan pahit dgn dia dulu.. at some point.. you realize that some people can stay in your heart but not in your life.
 
hari ni aku akan settlekan satu keje kat luar.. membosankan.. terpaksa tempuh beberapa jalan sesak yg jarak hanya 10 km..tapi boleh ambik masa sejam lebih.. esok mungkin sekali lagi kesana.. minggu yg agak bz dan stress.
 
dah lama aku tak bukak email yahoo.. dah dua bulan rasanya.. salah satunya dari sorang sahabat lama bernama dr jorgen yg berasal dari german.. aku kenal dia dalam satu flight.. duduk bersebelahan.. sorang professor yg dah bersara.. saat ni dia kesepian disebab hidup bersorangan selepas kematian isteri.. satu hal aku agak tertarik dengan dia.. setiap hari dia baca tiga suratkabar dari tiga negara asia.. thailand, jepun dan malaysia.. suratkabar malaysia yang dia baca adalah the star.. dia ikuti perkembangan politik antarabangsa.. kalau antar email kat aku.. berjela jela citer bab politik.. boring jugak baca dan nak reply.. bukan aku minat sangat dengan politik.. lain lah kalau awek yg antar.. berjela jela pun aku tak kan jemu baca.. kadang2 sampai sepuluh kali baca.
 
Back
Top
Log in Register