BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Daif sangat tempat tinggal kami'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Akibat kesempitan hidup tujuh sekeluarga terpaksa diami pondok usang
< 1 / 4 >
DUNGUN - Akibat kemiskinan hidup, pasangan Musliha Kasim, 35 dan suami, Nazeri Mohamad, 40, terpaksa menjadikan sebuah pondok usang di perkampungan Rumah Murah Nibong Stesen, dekat sini, sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rumah didiami sekeluarga ini begitu daif dengan keadaannya yang sempit beratapkan zink bocor, tandas tanpa air paip dan peralatan dapur daripada bahan terbuang.

Walaupun ia sesuatu yang amat perit untuk dilalui, namun kemiskinan hidup serta kegagalan mendapat bantuan menyebabkan pasangan ini terpaksa menjadikan pondok buruk yang terletak di sudut belakang rumah seorang penduduk sebagai tempat berlindung buat mereka tujuh beranak termasuk anak bongsunya yang baru berusia 10 bulan.

Musliha berkata, dia mula mendiami pondok usang itu selepas berkahwin dengan suaminya kira-kira 16 tahun lalu.

Katanya, sejak mula melayari kehidupan berumah tangga, dia dan suami cuba mengubah kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan, namun dengan pendapatan suami sebagai buruh tidak sampai RM30 sehari menyebabkan mereka tidak mampu melakukan apa-apa.

Wang yang diperoleh hanya cukup dibelanjakan untuk barang keperluan dapur, sehinggalah anak sulungnya kini sudah berusia 15 tahun.

Menurut Musliha, sebagai isteri, dia pastinya inginkan kehidupan yang lebih selesa untuk anak-anak, namun kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu mengubah kehidupan sehingga dia akhirnya reda dengan situasi tersebut.

“Suami saya tidak mempunyai pendapatan tetap, kadang-kadang ada kerja, kadang-kadang tiada langsung. Kalau dapat upah pun, hanya cukup untuk beli beras. Bila beras habis, kami sekeluarga terpaksa makan gandum untuk alas perut,” katanya.

Anak terpaksa ikat perut ke sekolah

Musliha berkata, lebih menyedihkan apabila tiba musim hujan, rumah pasti dimasuki air akibat zink bocor sehinggakan mereka tidak dapat tidur sepanjang malam.

“Sebagai ibu, saya sedih melihat anak-anak saya sentiasa berhadapan situasi begini. Namun saya tak berdaya, tak mampu untuk memberikan kehidupan lebih baik,” katanya.

Tambah menyayat hati apabila tiga anaknya Nur Aishah Aini, 11, Nursyazwani Najwa, 12, kedua-duanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat selain Nursyarunnisha, 15, yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun dikatakan hanya sekali-sekala membawa wang saku ke sekolah.

Kata Musliha, dua daripada anaknya yang bersekolah itu berpeluang menikmati makanan berbayar di kantin sekolah sekiranya ada rakan sekelas mereka belanja makan, jika tidak akan pulang ke rumah dengan perut kosong selepas menikmati makanan melalui Rancangan Makanan Tambahan yang disediakan pihak sekolah hanya pada waktu pagi.

“Jika ada kelas petang atau aktiviti kokurikulum, anak saya terpaksa ikat perut sehingga pulang semula ke rumah,” katanya.

Berusaha ubah nasib keluarga

Bagi Nazri pula, sebagai ketua keluarga, dia berusaha sedaya upaya untuk mengubah nasib keluarganya dan tidak mahu mereka terus hidup merempat dalam ruang yang amat sempit itu.

Namun, pendapatan sebagai buruh kasar yang tidak menentu menjadi kesukaran buatnya untuk memberikan kehidupan selesa, apatah lagi menyediakan sebuah rumah yang lengkap dengan kemudahan.

Menurut Nazri, jika ada pihak yang dapat membantu, dia hanya mengharapkan sebuah rumah yang selesa sedikit untuk ahli keluarganya berbanding pondok yang didiami sekarang.

“Saya malu dengan masyarakat sekeliling kerana kehidupan saya masih daif biarpun sekarang sudah tidak ada lagi keluarga tinggal dalam rumah sedemikian,” katanya.

Dia sudah beberapa kali memohon bantuan daripada pihak berkaitan, namun sehingga kini masalahnya masih dipandang sepi. Saya sudah tiga kali isi borang bantuan, tapi sampai sekarang masih belum dapat apa-apa.

“Kalau tak dapat yang lain, mereka dapat baiki rumah saya pun tak apa, daif sangat tempat tinggal kami, tak layak panggil rumah,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/daif-sangat-tempat-tinggal-kami-1.327627
 
xpela kak.abam wahid dah janji peningkatan pendapatan rakyat akan lebih pantas dr kenaikan harga barang.nnt abam akak begaji 5900 lepas gst dilaksanakan.jgn risau kak.BN is the hand that feed us.so dont bite that hand.keep on voting
 
kot ye pn ssh... xkn sampah dpn pintu pun xmampu nak sapu.... wlupn ssh kebersihan kena la jaga.
 
dah tu apsal tak try cari keja lain?
tukang sapu ke, ape ke... memang gaji murah..
tapi ada la pada takde langsung..
 
org mcm mk cik mmg layak trima brim...mmg nmpk daif sgt...moga2 brim yg dpt nt dpt bertahan selama setahun.,...
 
Dah isi 2-3 kali borang tapi bantuan masih dok dpt......ape.masalahnye....? Kalo salah isi, pegawai kene lah betulkan....

Nak bg bantuan pun susah.......
 
dari keadaan lantai tanah dalam gambar tu, senang kata..diorang ni malas...

aku kecik2 dulu rumah buruk je...senget sane sini nak tumbang...

tapi keliling rumah bersih je...siap ramai je puji kerana cantik...

siap buat filem lagi....

kalau ye rumah dah usang..jgn buat mcm sarang penagih.....

* kadang2 jurugambar yg problem....disuruhnya letak benda tu sume utk ambik gmbr!
 
Back
Top
Log in Register