BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dah selamat tapi mati kena langgar jugak

Rizal

Legendary Member
gem
Messages
12,413
Paid Membership
Joined
Sep 25, 2008
Messages
12,413
Reaction score
721
Points
201
SEREMBAN 17 Julai - Dua anak-beranak maut manakala empat lagi cedera dalam nahas di Kilometer 247.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas kereta jenis Hyundai Atos dipandu ibunya, Widayati Abdol Aziz, 41, terbabas melanggar besi penghadang jalan.

Menurut jurucakap polis, rempuhan itu mengakibatkan kenderaan yang turut dinaiki Muhammad Shazwan Mohd. Yusob, 17, dan Mohd. Shahir Mohd. Yusob,11, itu berpusing menyebabkan Muhammad Shafiq tercampak keluar.

"Kenderaan itu melintang di kiri lebuh raya, semua penumpang yang cedera ringan dikeluarkan dengan bantuan orang awam. Mereka berdiri di lorong kecemasan sementara menunggu ambulans.

"Lima belas minit kemudian sebuah kereta Proton Persona dipandu laju cuba mengelak kereta mangsa yang melintang namun terbabas ke lorong kecemasan dan merempuh mangsa, Widayati, dan tiga inividu lain yang datang membantu,'' katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, rempuhan Proton Persona itu mengakibatkan Widayati cedera parah dan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Mangsa dipercayai dalam perjalan dari kampung di Melaka menuju ke rumah mereka di Klang Selangor


sumber
 
terselamat dalam eksiden tapi mati kena langgar kete lain.
dh ajal xle elak dh...
 
kemalangan sebelum musim raya pun dah banyak..camna la raya nanti ni..
 
tragis betul2 tragedi
 
bahaya ni. aku tak tau kaedah macam mana kalo ada eksiden mesti ada kereta yg tak perasan kete depan berenti. tu yg dibawah laju tu. sekali semua kereta berenti. terkejut beruk
 
Al-Fatihah. dh nk jadikan. tp utk lebih keselamatan, mangsa patut berada di blkg guard rail.
 
Back
Top
Log in Register