BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Daging dendeng Restoran Wak Sofian rangup macam keropok

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Sedap walaupun ‘buruk’

Warnanya hitam pekat dan ‘tidak cantik’, tetapi siapa sangka hidangan daging dendeng goreng berlada ini mampu memikat ramai pelanggan.


Penulis yang pertama kali menikmatinya mengakui keistimewaannya kerana kerangupan dan rasanya yang pedas manis.

Sajian di Restoran Wak Sofian (WS) itu mempunyai daya tarikan tersendiri dan antara ‘sajian wajib’ untuk penggemar masakan Minang.

Menurut Sofiasari Indah Sjofjan, 35, setiap hari dia menyediakan lima kilogram (kg) sajian itu.

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.intiOXzcSo.webp

Foto
DENDENG goreng berlada ‘sajian wajib’ di Restoran Wak Sofian

xpix_gal2,qharianmetro.pagespeed.ic.3zHygD0E2l.webp

GULAI kawah menggunakan resipi Minang tetapi disesuaikan dengan selera tempatan turut ditawarkan di Restoran Wak Sofian.


“Dalam tempoh beberapa jam, dendeng itu habis kerana ramai gemar ‘mengunyah keropok’ kerana ia rangup.

“Saya memerlukan dua hari untuk merebus, memotong dan mengetuk daging sebelum diperap dengan rempah ratus selama beberapa jam,” katanya.

Katanya, daging diperap bersama rempah ratus, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia, kunyit, garam dan gula sementara sambalnya menggunakan campuran lada merah, cili api, bawang merah, bawang putih yang ditumbuk bersama perahan asam limau.

“Kualiti masakan perlu dijaga bagi kepuasan pelang*gan dan kami memilih daging tanpa lemak.

“Paling penting, daging perlu diketuk untuk me*ngelakkannya menjadi liat,” katanya.

Sofiasari yang juga anak pemilik Restoran WS, Sjofjan Omar, 70, dan Juwita Alwi, 60, berkata, setiap hari mereka menghidangkan 40 hingga 50 jenis masakan Minang.

Restoran di bangunan China Town, Putra Square, Kuantan itu beroperasi sejak tiga tahun lalu.

Sebelum ini, restoran itu beroperasi lebih 30 tahun di bangunan kedai lama di Jalan Besar, Kuantan.

Antara menu lain yang popular ialah gulai lemak tunjang (jangek) yang menggunakan bahagian kaki lembu, rendang limpa, sambal hijau, masak lemak pucuk paku, ikan keli goreng berlada, ayam bakar, masak lemak udang galah, gulai kawah, gulai ikan, masak lemak cili api siput, begedil, goreng terung berlada dan masak lemak telur itik.

“Kami juga menyediakan menu makanan laut seperti udang, ketam dan sotong ditawarkan kepada pelanggan.

“Semua menu disediakan ibu bapa saya yang berasal dari Bukit Tinggi, Indonesia,” katanya.

Bukan memuji diri, tetapi sebagai satu penghargaan kepada Restoran WS apabila ada kalangan pelanggan yang dulunya bujang kini datang bersama keluarga untuk menikmati hidangan itu.

Selain masakan utama dengan harga serendah RM5 untuk semangkuk lauk, Restoran WS turut menawarkan pakej nasi ayam pada harga RM4.80 sepinggan serta sarapan pagi iaitu nasi lemak, mi goreng atau roti canai bersama milo panas pada harga RM2.50 setiap hida*ngan.

Hidangan pencuci mulut seperti pulut durian, pengat pisang, goreng pisang cheese coklat dan pusing raja.

Restorannya beroperasi setiap hari mulai jam 8 hingga 2 pagi itu menampung sehingga 120 pelanggan pada satu-satu masa.

“Pelanggan saya ada yang datang dari Brunei dan Singapura yang me*ngakui akan mengunju*ngi restoran saya jika datang ke Malaysia,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sedapwalaupun__8216_buruk__8217_/Article/index_html
 
mmg sedap ni.. tp kt tmpt aku mahal skit..
 
sedapnya..
haritu makan tengahari umah kawan aku
mak dia masak
garing2 gitu.
pergghh
 
Kalau kena gaya memang sedap. Tak kena gaya... liat nak kunyah pun lenguh mulut.
 
sedap.. nyesal kalau ambik sikit. huhu
 
Back
Top
Log in Register