strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Dubai: Seorang pelancong warga Mesir cuba memberi alasan mengidap masalah kelenjar prostat selepas ujian sinar-X mendapati sesuatu yang ganjil di celah kelangkangnya selepas tiba di lapangan terbang di sini, baru-baru ini.
Kastam mengesyaki lelaki Mesir itu yang hanya dikenali sebagai AM, 36, selepas cara dia berjalan mencurigakan mereka.
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap begnya tidak menemui apa-apa.
“Tetapi apabila kami melakukan ujian sinar-X pada lelaki berkenaan, kami mendapati ada sesuatu di celah kelangkangnya.
“Kami memintanya mengeluarkan barang yang disembunyikan itu, tetapi dia enggan, malah memberi alasan mengalami masalah kelenjar prostat,” kata jurucakap polis, Saud Faisal.
Beberapa pegawai terpaksa memegang lelaki terbabit yang melawan apabila mereka cuba merampas barangan itu.
Hasilnya, pihak berkuasa menemui kira-kira 1,767 pil dadah dan 12.08 gram ganja.
Selepas disoal siasat, lelaki terbabit akhirnya mengaku cuba menyeludup dadah itu untuk kegunaan sendiri. - Agensi
http://www.hmetro.com.my/node/8148