BTC USD 26,857.0 Gold USD 1,962.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cyberpunk 2077

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
Seperti semua sedia maklum, CD Projekt Red telah mengumumkan penangguhan pelancaran judul permainan yang paling dinanti-nantikan dalam tahun ini iaitu Cyberpunk 2077. Pada awalnya, Cyberpunk 2077 sepatutnya dilancarkan pada 16 April 2020. Tetapi ia kemudiannya dienjakkan kepada 17 September. Namun begitu ia sekali lagi dienjakkan tarikh pelancarannya kepada 19 November pula. Walaubagaimanapun, para peminat terpaksa menunggu lebih lama lagi selepas ia ditunda pula kepada 10 Disember 2020 nanti.

Disebalik penangguhan itu, ia mungkin berita baik kepada para peminat tegar permainan komputer kerana mereka mempunyai masa untuk menaik taraf perkakasan komputer mereka dengan spesifikasi terbaru yang lebih berkuasa. Hasil semakan terhadap spesifikasi komputer yang diperlukan bagi memainkan judul permainan ini, komputer tersebut mestilah sekurang-kurangnya menjalankan sistem operasi Windows 7 (64 bit). Kuasa pemprosesan minimum pula perlulah dijana oleh Intel Core i5-3570K atau AMD FX-8310 dengan kuasa grafik yang dibekalkan dari NVIDIA GeForce GTX 780 atau AMD Radeon RX 470.

Memori RAM pula sekurang-kurangnya memiliki 8GB RAM. Tetapi adalah lebih baik anda memainkan Cyberpunk 2077 dengan spesifikasi komputer yang dicadangkan oleh pembangun permainan ini bagi mendapatkan kepuasan prestasi dan grafik berkualiti yang ditawarkan dalam permainan itu. Berikut adalah spesifikasi yang disyorkan untuk memainkan judul permainan Cyberpunk 2077 pada komputer anda;
  • Sistem operasi: Windows 10 (64-bit)
  • CPU: Intel Core i7-4790 atau AMD Ryzen 3 3200G
  • RAM: 12GB
  • GPU: Nvidia GeForce GTX 1060 6GB atau AMD Radeon R9 Fury
  • Direct X: Version 12
  • Ruang storan : 70GB SSD
Jadi jika komputer anda perlukan naik taraf perkakasan untuk memainkan permainan ini, bolehlah lakukannya sebelum ia ditawarkan. Cyberpunk 2077 untuk platfom komputer sudah boleh dipra tempah dari laman Steam, Epic Games dan Gog.com pada harga RM219.00.

Screenshot-3213.jpg
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
Jangan Muat-Turun Cyberpunk 2077 Untuk Android - Perisian Tebusan Di Tawarkan Di Bawah Nama Permainan Popular Berkenaan

Cyberpunk 2077 merupakan salah satu permainan video yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Dengan populariti dan ramai yang berbincang berkenaan dengannya, ia turut membuka peluang untuk penjenayah siber untuk mengambil peluang dan menyasarkan mangsa siber mereka.

Menurut Kaspersky, kini terdapat aplikasi Cyberpunk 2077 yang ditawarkan untuk pengguna Android, dan dilabelkan sebagai beta. Untuk makluman, pembangunnya tidak menawarkan permainan untuk versi Android lagi buat masa ini. Sebaliknya, Cyberpunk 2077 yang ditawarkan untuk Android ini dipenuhi dengan perisian tebusan.

Ketika menjalankan aplikasi ini, ia akan memintak akses kepada fail pengguna. Apa pun, sekiranya pengguna memberikan kebenaran kepadanya, maka semua gambar dan dokumen akan disulitkan menjadi tebusan – dan meminta anda untuk membayar bagi mengaksesnya.

Kaspersky mengatakan penjenayah siber berkenaan akan meminta $500 dalam bentuk Bitcoin untuk melepaskan fail-fail pengguna berkenaan.

Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati, dan hanya memuat-turun daripada laman penerbit rasmi sahaja. Pastikan juga pelancaran aplikasi atau permainan, dan mengelak sebarang aplikasi atau permainan tipu. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa membuat salinan pendua dokumen anda untuk mengelak sebarang kehilangan pada masa akan datang.

Cyberpunk-Ransomware.jpg.webp


Sumber asal https://www.kaspersky.com/blog/cyberpunk-2077-ransomware/38196/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register