BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CUTI-CUTI RAYA - Pulau Rawa, Johor

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1649398046991.png



1649398026317.png


Pulau Rawa, Johor. Kalau nak merasa bercuti macam royalti, Pulau Rawa ini antara tempatnya kalau anda kat Johor. Sebabnya pulau ini adalah pulau persendirian milik Tuanku Sultan Johor.

Kalau anda nak merasa cuti dalam pulau terpencil, ini antara tempatnya. Pulau kecil ini tak ada kenderaan. Nak ke sana sini, boleh jalan kaki.

Pulau Rawa terletak kira-kira 16km dari jeti Mersing. Kalau naik bot, lebih kurang 20-25 minit.


1649398086303.png


Di pulau ni hanya terdapat dua buah resort sahaja iaitu Rawa Island Resort dan Alang's Rawa. Kedua-dua resort ni terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Mana satu resort yang paling best?

Haa soalan tu sangat subjektif. Sebabnya masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Kalau korang jenis nak laidback, chill-chill dan santai, korang boleh menginap di Alang's Rawa.

Tapi kalau nak lebih selesa dan datang dengan family, boleh la menginap di Rawa Island Resort. Sebab di Alang's Rawa, dorang hanya provide basic facilities.

Walaupun basic, ianya okay je sebab kat sini chalet tak banyak. Ada 14 unit je. Jadi takde la crowded. Korang boleh photoshoot puas-puas takde orang kacau. Lepas tu, lokasi dia best. Semua chalet menghadap laut.

Few steps away to the beach gittew..

1649398117930.png


Apa yang ada dekat sini?

Yang ada adalah air jernih, ikan warna warni, suasana pulau dan pemandangan laut membiru. Amat sesuai untuk orang yang betul datang nak jauh dari suasana hutan batu.

1649398144831.png


Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang di Rawa:

  • Snorkeling
  • Kayaking
  • Island walk
  • Sunset trekking
  • Stargazing
  • Diving
  • Water sliding (untuk yang menginap di Rawa Island Resort)
  • Jungle Trekking
Soalan famous, berapa kos untuk ke sini?

Untuk pakej 3D2N. Harga terkini boleh rujuk di website Alang's Rawa. Kalau pergi berdua, mahal lah sikit. Kalau ramai, boleh la share the cost.

Pakej termasuk:

  • Return boat
  • Meals
  • Activities
  • Accommodation
Secara kasar, sediakan dalam RM 1000 seorang untuk berehat di Rawa selama 2 hari. Kos ini mungkin lebih rendah kalau anda tinggal di hut bajet (di Alang’s) atau lebih tinggi (kalau anda kuat makan atau anda ambil pakej lebih mahal di Rawa Island Resort).

Dan harga kat atas, adalah harga berkongsi 2 orang sebilik. Kalau lebih ramai dalam 1 bilik, lebih murah.

Selain itu ada yuran Taman Marin yang kena bayar di jeti. Sekitar RM 20 untuk orang Malaysia dan RM 50 orang luar negara.

Waktu yang sesuai untuk ke Rawa?

Semua bulan kecuali December dan January. Sebab time ni monsoon.

1649398166268.png


Cara Ke Pulau Rawa Johor


Nak ke sini, anda perlu ke jeti Mersing. Jeti Mersing ini dalam 5 jam memandu dari Kuala Lumpur.

Dari jeti Mersing, anda akan naik bot ke Pulau Rawa. Jaraknya dari jeti dalam 19 km. Dan anda bakal duduk dalam bot selama 30 minit.

Jangan pening cari bot nak naik. Sebab selalunya orang tak ke sini untuk day trip. Kalau anda ke sini dan menginap, urusan pergi balik bot selalunya memang sudah termasuk dalam pakej.


Macam mana nak book pakej?

Untuk membuat tempahan korang boleh ke laman web resort terus.

rawaislandresort.com
alangsrawa.com

 
TIPS BERCUTI DI PULAU RAWA, MERSING JOHOR

Salam semua dan salam sejahtera,tak ramai yang share tentang Pulau Rawa di Mersing di Johor. Okeh saya share sikit tentang Pulau Rawa.
1. Pulau Rawa kat Malaysia ni ada dua,satu di Terengganu dan satu lagi di Johor,yang ada gelungsur ni di Johor. Pemilik Pulau Rawa Adalah Sultan Johor sendiri.

2. Di Mersing ada dua Jeti utama iaitu Jeti Mersing utk ke Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Besar & Pulau-Pulau yg berhampiran. Manakala Jeti Tanjung Leman Mersing ke Pulau Sibu & Pulau Tinggi sahaja. Kami naik dari Jeti Mersing bot resort yang akan pick up dalam 30 minit perjalanan.

3. Kalau yang melalui kereta boleh parkir kereta berhampiran di Jeti Mersing,caj parkir mengikut zon,ada zon A,B,dan C. Kalau nak parkir berpagar zon A dan B,Zon A berharga rm45 untuk dua malam,Zon B rm36 untuk dua malam dan Zon C rm30 untuk dua malam.

4. Pulau Rawa di Johot ni dia private island,so kalau nak stay kena book awal,selalu full. Kalau pergi group lagi murah.

5. Caj masuk dikenakan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Rm20 untuk warganegara malaysia dan rm50 untuk bukan warganegara. Oleh kerana kami pergi hari Ahad,kaunter tutup,jadi free of charge,jimat!

6. Pulau Rawa Johor adalah private island ia cuma ada dua resort. Rawa Island Resort dan Alang Rawa. kalau yang berkeluarga banyak budak kecil dan lebih santai prefer pilih Rawa Island Resort,dan yang backpackers prefer Alang Rawa.

7. Kami menginap di Alangs Rawa,acah-acah backpackers skit,heh.
harga ni subjektif,ikut package yg kite ambil. So boleh buat booking direct melalui email sahaja. Kalau menginap di Rawa island Resort boleh melalui agen atau direct melaui email. Strictly untuk hujung minggu tak dibenarkan untuk kanak-kanak bawah 16tahun,(Alangs Rawa Resort)sahaja.

8. Pilihan bilik bermacam macam jenis. Ada, Beachfront Beach House,Jungle Side, Coconut Tree,Little A-Frames,dan Coconut Tree Group. Kami menginap di Beachfront.buka-buka pintu je terus laut yang jernih membiru dan harga pakej kami rm8xx per pax untuk 3 hari 2 malam include accomodation, bot transfer,2x breakfast,2x lunch,2x dinner dan water sport equipment.

9. Layanan sangat first class,staff sangat la membantu dan ramah. Makanan sangat sedap,tak pernah tak sedap. Berbaloi dengan harga yang dibayar.

10. Oleh kerana private island tiada walk in,kena beli pakej siap-siap.pakej yang di offer tiada island hoping,tapi bila dah sampai sini,trust me u dont need island hopping packages guys. Depan pulau sahaja dah banyak coral-coral yang cantik,kalau kena gaya dan masa boleh jumpa pari,penyu dan ikan yu.

11. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain snorkeling,berkayak,junggle tracking,hill climbing,dan bagi ikan makan hanya di depan resort sahaja.

12. 98% pelancong yang datang adalah pelancong luar. Susah nak jumpa orang melayu kecuali staf. Tapi ok je,pelancong yang datang pun jenis ramah-ramah.

13. Air paip yang digunakan di pulau ni air laut yg di tapis (not sure tapis ke ape) yg pasti mmg air laut. Tiada air bersih mcm kite kt rumah tu. So kena bawak mineral water

14. Oleh kerana Pulau Rawa ni adalah private island,dia sangat well kept, visitors pun yg duduk kat dua resort tu je. Kalau nak cari tempat yg offer privacy and tak sesak manusia memang sesuai.

15.Memang tak nafikan cost nya agak tinggi jika dibandingkan dgn pulau-pulau yg saya pernah pergi sebelumnya. Tapi pendapat saya harga yang bayar akan diganti balik dengan panorama,environment,resort services,makan,bilik etc pada saya exclusive.

16. Speedboat menghala ke Alangs Rawa Resort ada dua masa,pukul 12 tengah hari dan 4 petang. Dari Rawa pukul 11pagi dan 3 petang.

17 . Paling ideal nak pergi ke Pulau Rawa nidari March sampai ke September,bulan selain tu musim monsun di timur laut dan Resort semua ditutup sementara.
Harap dapat membantu korang semua untuk tip-tip di atas.

Kredit : Wan Khairul Kilmore
 
Cantik jugak tempat ni
Ok la nak hanimung
jalau time gaduh pun bolehhhh

dok menyepi kat sinio.. hahha
tapi jangan harap la laki datang memujuk sbb takde daily trip. haha
 
Pandai² la nak hidup kalau tak de datang memujuk 🤭
barulah tenang hatii...
(sesambil tu intai2 telefon kot laki nak pujuk)

tapi kat sinoi datang sorang tak syok. takde geng nak buat akltiviti.
 
barulah tenang hatii...
(sesambil tu intai2 telefon kot laki nak pujuk)

tapi kat sinoi datang sorang tak syok. takde geng nak buat akltiviti.
Takut line telephone pun tak de........ Naya ooooooo
 
Back
Top
Log in Register