BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Curi kambing pasangan ternakan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
JEMPOL 4 Feb. - Demi 'mencari pasangan' bagi kambing jantannya, seorang lelaki nekad melarikan seekor kambing betina yang sedang meragut rumput di tepi jalan di Kampung Pasir Ambu dekat Kuala Pilah, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 34 tahun itu memakan diri apabila dia ditahan polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Kampung Lonek, Batu Kikir, dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, tindakan suspek yang dalam keadaan mencurigakan mendorong polis memeriksa kenderaannya setelah ditahan kira-kira pukul 7 petang.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui seekor kambing betina yang disorokkan dalam bonet kereta jenis Proton dinaiki lelaki itu.

"Ketika ditemui, kambing itu hampir lemas dan hanya berada dalam keadaan separuh sedar akibat bonet yang ditutup rapat," katanya.

Katanya, suspek mendakwa, dia mahu membawa pulang kambing tersebut ke rumahnya di sini.
 
aduii .. sanggup carik kan pasangan tuu..:D
 
Back
Top
Log in Register