BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CUEPACS mahu gaji minimum RM1,200

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,200 sebulan berikutan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi mereka ketika ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu wajar dilaksanakan segera memandangkan gaji minimum penjawat awam ketika ini berada di bawah paras garis kemiskinan.

Justeru, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberi khabar gembira kepada penjawat awam pada 1 Mei ini sempena sambutan Hari Pekerja.

“Gaji minimum penjawat awam ketika ini bermula daripada RM805 sebulan dan ia masih di bawah paras garis kemiskinan yang ditetapkan kerajaan iaitu RM850.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 
Sabar jap, hasil gst belum jumlah lagi, nnt dpt hasil gst, ade le tu:D
 
Back
Top
Log in Register