BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cubaan larikan bas gagal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


image.jpg


image.jpg


image.jpg


image.jpg



IPOH – Cubaan empat penjenayah yang merancang melarikan bas henti-henti di sini gagal apabila kenderaan yang dipandu mereka terbabas dan tersekat di pembahagi jalan.

Pemandu bas berkenaan, T Manirajah, 50, berkata, kejadian berlaku jam 6.45 pagi semalam, ketika bas Perak Transit yang dipandunya mengambil penumpang di sekitar bandar raya Ipoh. Menurutnya, selepas mengambil tiga pelajar ketika melalui Jalan Sultan Yusuf, empat lelaki menahan bas berkenaan dan naik sebagai penumpang.

“Saya berhentikan bas kerana mereka mahu menaiki bas. Selepas naik, saya meneruskan perjalanan seperti biasa dan tiba di lampu isyarat saya diketuk dengan objek keras oleh salah seorang daripada mereka.

“Saya tolak salah seorang mereka dan membuka pintu bas sebelum lari menyelamatkan diri dan tiga penumpang lain turut mengambil tindakan yang sama,” katanya yang menerima lima jahitan akibat serangan itu.

Difahamkan, selepas merampas bas berkenaan, suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan kenderaan itu.

Bas terbabit dipandu sejauh 300 meter memasuki Jalan Lim Bo Seng sebelum suspek gagal mengawal kenderaan awam itu dan melanggar tiang lampu di persimpangan berhampiran.

Selepas bas tersadai di atas pembahagi jalan, suspek kemudiannya memecahkan hampir keseluruhan cermin bas berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Tarmizi Abdul Haq yang ditemui mengesahkan kejadian berkenaan yang didalangi empat lelaki.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal dipercayai kejadian itu bermotifkan samun berikutan sejumlah RM400 dilarikan daripada pemandu bas itu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/cubaan-larikan-bas-gagal-1.63856
 
Back
Top
Log in Register