ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Penduduk kampung melihat kenderaan suspek yang diparkir di hadapan rumah mangsa
KOTA BHARU - Cubaan seorang pemuda berusia 27 tahun mencuri kenderaan jenis Honda Accord di Taman Kala, Peringat, di sini, pagi kelmarin, gagal selepas berjaya ditahan penduduk.
Kehadiran suspek disedari jiran pemilik kereta itu selepas terlihat kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero diparkir di hadapan kediaman mangsa, ketika itu tiada di rumah.
Jiran terbabit memaklumkan kepada suaminya mengenai kehadiran kenderaan tersebut dalam keadaan mencurigakan.
Berikutan itu, penduduk kampung segera ke rumah mangsa dan berjaya menangkap suspek.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa yang mengesahkan menerima laporan berkata, mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada jirannya dan pulang ke rumah kira-kira jam 8.30 pagi.