ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 30 Mei - Gara-gara mengalami masalah mental, seorang lelaki sanggup bertindak di luar batasan agama apabila cuba membunuh diri dengan terjun dari Masjid Kampung Baru, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa yang berusia 23 tahun hanya patah kaki kanan selepas jatuh dari menara masjid berkenaan.
Menurut jurucakap polis, sebelum kejadian, pemuda tersebut dilihat memanjat menara masjid sebelum bertindak terjun.
“Dia bernasib baik kerana terjatuh di atas bumbung yang terdapat di kawasan berhampiran.
“Difahamkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan cuba memujuk mangsa tetapi tidak diendahkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tambahnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE