BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cubaan bakar masjid lama

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
BAITULMAQDIS 14 Dis. - Penyerang tidak dikenali, malam tadi cuba membakar sebuah masjid lama di Baitulmaqdis dan menconteng slogan anti-Arab dan anti-Islam pada dindingnya.

Serangan itu dipercayai dilakukan oleh pendatang haram Yahudi sebagai membalas dendam terhadap tindakan kerajaan Israel membubarkan kawasan penempatan haram Yahudi yang didirikan tanpa kebenaran rejim Zionis Israel.

Slogan yang menghina Nabi Muhammad dan orang Arab serta tulisan 'harga dikenakan' diconteng pada dinding luar bangunan tersebut di tengah Baitulmaqdis.

Insiden itu adalah yang terbaru daripada beberapa serangan membalas dendam oleh pelampau Yahudi yang selalunya ditujukan terhadap penduduk Palestin dan Arab.

Pelbagai slogan diconteng pada dinding luar tetapi penyerang tidak dapat memasuki masjid tersebut, yang mempunyai menara dan buat masa ini digunakan sebagai tempat simpanan untuk majlis perbandaran.

Polis Israel berkata, mereka melancarkan siasatan mengenai insiden itu, yang berlaku dekat Jalan Jaffa, pusat membeli-belah utama di barat Baitulmaqdis.

Sebahagian dinding luar mempunyai kesan terbakar dan mengeluarkan bau petrol yang kuat, walaupun api dipercayai tidak merebak, tetapi penyerang dapat memecahkan paip di dalam bangunan itu, menyebabkan air sedalam 10 sentimeter bertakung di lantainya. - AFP
 
Back
Top
Log in Register